Judul : Umno Kedah sedia bekerjasama dengan Pas
link : Umno Kedah sedia bekerjasama dengan Pas
Umno Kedah sedia bekerjasama dengan Pas
Sinar Harian
Ahmad Bashah Md Hanipah
ALOR SETAR - Umno Kedah bersedia menjalin kerjasama dengan Pas di peringkat negeri demi kepentingan umat Islam dan bangsa Melayu, kata Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Beliau berkata, bagaimanapun kerjasama itu mesti bermula di peringkat pusat terlebih dahulu.
"Kerjasama yang terjalin seperti dalam misi 'Food Flotilla for Myanmar' yang berlepas baru-baru ini melambangkan penyatuan ummah di Malaysia berikutan terdapat wakil Umno dan Pas dalam misi berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan Umno Bahagian Alor Setar di Seri Mentaloon di sini, hari ini.
Sementara itu, Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar Kedah berkata, pihak pembangkang tiada sebab untuk mempersoalkan pemberian peruntukan kepada kawasan Parlimen yang diwakili BN di negeri ini.
"Mereka perlu faham bahawa peruntukan yang disediakan itu adalah hanya untuk ahli Parlimen daripada BN manakala pihak pembangkang perlu mencari dana atau peruntukan sendiri.
"Malah wakil BN pun (di negeri yang diperintah pembangkang), mereka terpaksa cari dana dan peruntukan sendiri bagi kawasan mereka," katanya. - Bernama
Demikianlah Artikel Umno Kedah sedia bekerjasama dengan Pas
Sekianlah artikel Umno Kedah sedia bekerjasama dengan Pas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Umno Kedah sedia bekerjasama dengan Pas dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/02/umno-kedah-sedia-bekerjasama-dengan-pas.html