UBAH VENUE JIKA ANCAM KESELAMATAN - KHAIRY

UBAH VENUE JIKA ANCAM KESELAMATAN - KHAIRY - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul UBAH VENUE JIKA ANCAM KESELAMATAN - KHAIRY, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : UBAH VENUE JIKA ANCAM KESELAMATAN - KHAIRY
link : UBAH VENUE JIKA ANCAM KESELAMATAN - KHAIRY

Baca juga


UBAH VENUE JIKA ANCAM KESELAMATAN - KHAIRY


Ubah Venue Jika Ancam Keselamatan - Khairy


Putrajaya – Malaysia pertimbang mengubah lokasi perlawanan antara Malaysia dengan Korea Utara pada pusingan kelayakan Piala Asia 2019 di Pyongyang pada 28 Mac ini jika terdapat ancaman keselamatan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mendapatkan pandangan dan jaminan keselamatan daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berhubung status perlawanan tersebut.

“Kalau dapat ubah venue, seeloknya ia diubah bagi menjamin keselamatan pemain kerana faktor keselamatan pasukan adalah keutamaan saya,” katanya pada sidang media mengenai Transformasi Nasional (TN50) di sini, semalam.

Katanya, beliau akan meminta AFC memantau keadaan keselamatan di Pyongyang susulan hubungan diplomatik antara Kuala Lumpur dan Pyongyang sedang melalui fasa yang agak rumit.

Skuad Harimau Malaysia dijadual menentang Korea Utara dalam perlawanan pusingan tiga kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Kim Il-sung, Pyongyang.

Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama-sama Korea Utara, Hong Kong dan Lubnan.

Ketegangan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara tercetus susulan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), 13 Februari lepas.

Semalam, Wisma Putra memanggil pulang Duta Besar Malaysia di Pyongyang untuk proses perundingan dan mengarahkan Duta Besar Korea Utara di Malaysia, Kang Chol memberi penjelasan mengenai kenyataannya berhubung kes Jong-nam.

Diplomat Korea itu dilaporkan memberi gambaran bahawa kerajaan Malaysia mempunyai ‘sesuatu untuk disembunyikan’ dan mendakwa Malaysia ‘berpakat dan bersekongkol dengan kuasa-kuasa luar’ dalam pengendalian kes kematian itu.




Demikianlah Artikel UBAH VENUE JIKA ANCAM KESELAMATAN - KHAIRY

Sekianlah artikel UBAH VENUE JIKA ANCAM KESELAMATAN - KHAIRY kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel UBAH VENUE JIKA ANCAM KESELAMATAN - KHAIRY dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/02/ubah-venue-jika-ancam-keselamatan-khairy.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :