Tiada tahaluf siyasi dengan PPBM…setakat ini, kata PAS

Tiada tahaluf siyasi dengan PPBM…setakat ini, kata PAS - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiada tahaluf siyasi dengan PPBM…setakat ini, kata PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiada tahaluf siyasi dengan PPBM…setakat ini, kata PAS
link : Tiada tahaluf siyasi dengan PPBM…setakat ini, kata PAS

Baca juga


Tiada tahaluf siyasi dengan PPBM…setakat ini, kata PAS

 | February 4, 2017
Semua hasil perbincangan dengan PPBM hanya akan diputuskan oleh Majlis Syura Ulama PAS kelak, kata Naib Presiden Datuk Mohd Amar
Mohd-Amar-Nik-Abdullah
KOTA BHARU: PAS masih belum mengesahkan sebarang tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) walaupun terdapat rundingan antara kedua-dua pihak Rabu lepas.

Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata keputusan berhubung perkara berkenaan hanya akan diputuskan oleh Majlis Syura Ulama PAS selepas hasil pertemuan itu dibincangkan oleh majlis itu kelak.

“Setakat ini semua hasil perbincangan dan cadangan oleh PPBM akan dibincangkan terlebih dahulu sebelum apa-apa tindakan seterusnya diambil,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mini Darul Niswah DUN Panchor di sini, hari ini.

Rabu lepas, Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir mengadakan pertemuan dengan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagi membincangkan kemungkinan kerjasama politik antara kedua-dua parti.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis dilaporkan sebagai berkata sebarang keputusan berhubung kerjasama politik diserahkan kepada Majlis Syura Ulama PAS untuk diteliti terutamanya dalam aspek syarak, sama ada ia boleh diteruskan atau sebaliknya.

Dalam pada itu, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata beliau yakin Parti Amanah Negara (Amanah) tidak akan berjaya memenangi 1 kerusi pun di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.
Beliau berkata berdasarkan kajian dan maklumat yang diterimanya, hanya PAS dan Umno mampu bersaing kerana hanya 2 parti ini yang dominan di Kelantan dan diterima baik oleh pengundi.

“Ini adalah keyakinan kami dan bukan niat untuk berbangga. Di Kelantan ini hanya ada PAS ataupun Umno sahaja. Saya percaya sekiranya PAS kalah, sudah pasti yang menang adalah Umno. Ini adalah keyakinan kami,” katanya.
FMT


Demikianlah Artikel Tiada tahaluf siyasi dengan PPBM…setakat ini, kata PAS

Sekianlah artikel Tiada tahaluf siyasi dengan PPBM…setakat ini, kata PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiada tahaluf siyasi dengan PPBM…setakat ini, kata PAS dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/02/tiada-tahaluf-siyasi-dengan-ppbmsetakat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :