Judul : TAK PAYAH TUNGGU PAS, HANGPA BOLEH JALAN DULU
link : TAK PAYAH TUNGGU PAS, HANGPA BOLEH JALAN DULU
TAK PAYAH TUNGGU PAS, HANGPA BOLEH JALAN DULU
Bersatu beri Pas masa sebulan lagi
Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad menerima watikah daripada Presiden Pribumi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika Majlis Penyerahan Watikah kepada Ketua-ketua Penaja Bahagian di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
PUTRAJAYA - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memberi tempoh sebulan lagi kepada Pas untuk membuat keputusan sama ada mahu bekerjasama dengannya serta blok pembangkang lain atau sebaliknya.
Pengerusi Bersatu, Tun Mahathir Mohamad berkata, pihaknya masih memberi masa kepada parti tersebut demi memberikan peluang cerah kepada blok berkenaan untuk memenangi PRU14 yang dijangka berlangsung pada bila-bila masa sahaja.
“Walau bagaimanapun, kita tidak boleh tunggu Pas buat keputusan dalam tempoh yang lama. Kita sudah beri masa lama pada mereka untuk buat keputusan.
“Banyak kerja lagi kami perlu buat untuk persiapan menjelang PRU14. Takkan kita nak tunggu selama-lamanya untuk mereka buat keputusan,” katanya semasa sidang media selepas Majlis Perlantikan Watikah Ketua-ketua Bahagian Bersatu di Yayasan Kepimpinan Perdana, petang tadi.
Tambah Mahathir, beliau tidak yakin Pas boleh memenangi PRU14 secara majoriti jika dilihat kepada jumlah kerusi yang ditandingi parti itu pada pilihanraya lalu.
“Umno sendiri memerlukan BN yang turut dianggotai oleh beberapa parti lain bagi memenangi setiap PRU.
“Kini, terpulang kepada Pas untuk buat keputusan ini. Memberi kemenangan kepada BN ibarat memberi sokongan kepada mereka,” tegasnya.
Sementara itu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyddin Yasin pula berkata, pihaknya tidak akan mendesak Pas untuk membuat keputusan muktamad.
Menurutnya, Bersatu sudah melakukan pelbagai cara bagi memujuk parti berkenaan untuk bekerjasama dengan partinya serta parti pembangkang yang lain.
Dalam majlis penyerahan watikah, kira-kira 120 ahli Bersatu yang menerima watikah perlantikan ketua bahagian di semua negeri dalam Semenanjung Malaysia.
Demikianlah Artikel TAK PAYAH TUNGGU PAS, HANGPA BOLEH JALAN DULU
Sekianlah artikel TAK PAYAH TUNGGU PAS, HANGPA BOLEH JALAN DULU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel TAK PAYAH TUNGGU PAS, HANGPA BOLEH JALAN DULU dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/02/tak-payah-tunggu-pas-hangpa-boleh-jalan.html