Judul : TAK AJAK BERBINCANG ? SIAPA MEREKA NAK TURUT BERBINCANG ? PENGKHIANAT ?
link : TAK AJAK BERBINCANG ? SIAPA MEREKA NAK TURUT BERBINCANG ? PENGKHIANAT ?
TAK AJAK BERBINCANG ? SIAPA MEREKA NAK TURUT BERBINCANG ? PENGKHIANAT ?
Amanah jangan cipta alasan
Nor Azariza.
KOTA BHARU – Amanah tidak perlu mencipta alasan tidak munasabah jika benar-benar mahu menyatakan sokongan kepada RUU Akta 355, kata Exco Pemuda Pas Pusat, Nor Azariza Mohd Alawi.
Menurutnya, alasan ‘tidak diajak berbincang’ itu tidak masuk akal kerana semua pihak sudah sedia maklum dengan perkara (pindaan) tersebut dan apakah tujuan himpunan di Padang Merbok diadakan.
“Tidak perlu tunggu kita ajak bincang. Terutamanya untuk hadir di himpunan itu. Ini kerana semua pihak sudah maklum mengenai tujuan himpunan tersebut dan sepatutnya ia mendapat sokongan daripada semua umat Islam, tidak kira parti,” katanya kepada Sinar Harian di sini.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad yang didakwa berkata tiada gunanya Amanah hadir ke himpunan tersebut kerana Pas tidak pernah mengajak mereka duduk sekali membincangkan pindaan akta tersebut.
Menurutnya, seharusnya Amanah sebagai parti serpihan Pas yang sudah tahu perjuangan parti Islam ini menyokong apa yang dilakukan Pas, bukannya menabur racun di atas benih yang ditanam oleh ulama-ulama sebelum ini.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas negeri berkata, tindakan Amanah sejak kebelakangan ini banyak menunjukkan dan membuktikan bahawa parti itu sebenarnya ditubuhkan untuk melawan Pas, bukannya melawan BN dan menang dihati rakyat.
“Dengan pelbagai dalih yang diberikan dalam pelbagai usaha yang Pas cuba lakukan untuk kebaikan rakyat, Amanah ini menampakkan tujuan asal penubuhannya. Menentang apa sahaja yang dibawa oleh Pas, walaupun apa yang dibawa Pas ini perkara yang baik,”katanya.
Demikianlah Artikel TAK AJAK BERBINCANG ? SIAPA MEREKA NAK TURUT BERBINCANG ? PENGKHIANAT ?
Sekianlah artikel TAK AJAK BERBINCANG ? SIAPA MEREKA NAK TURUT BERBINCANG ? PENGKHIANAT ? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel TAK AJAK BERBINCANG ? SIAPA MEREKA NAK TURUT BERBINCANG ? PENGKHIANAT ? dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/02/tak-ajak-berbincang-siapa-mereka-nak.html