SPRM sedia tapis bakal penerima darjah kebesaran

SPRM sedia tapis bakal penerima darjah kebesaran - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPRM sedia tapis bakal penerima darjah kebesaran, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPRM sedia tapis bakal penerima darjah kebesaran
link : SPRM sedia tapis bakal penerima darjah kebesaran

Baca juga


SPRM sedia tapis bakal penerima darjah kebesaran

 | February 14, 2017
Ketua Pesuruhjaya SPRM berkata, tapisan hanya dibuat jika ada permohonan daripada pihak yang mengeluarkan gelaran itu.
dzulkifli-ahmad_sprm_datok_600
KAJANG: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia mengkaji keperluan untuk pihaknya menyaring bakal penerima gelaran darjah kebesaran di negara ini bagi memastikan hanya individu yang berkelayakan sahaja dikurniakan anugerah itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad berkata setakat ini, tapisan hanya dibuat jika ada permohonan daripada pihak yang mengeluarkan gelaran itu.
“Kalau ada pihak yang memohon (untuk SPRM membuat tapisan sebagaimana yang dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia) kita akan kaji semua, sama ada ia satu keperluan,” katanya kepada pemberita selepas melawat beberapa premis agensi kerajaan di Kompleks Hentian Kajang, di sini hari ini.

Beliau mengulas isu beberapa penerima darjah kebesaran membawa gelaran “Datuk” dan “Datuk Seri” yang dikatakan terbabit dalam kegiatan kongsi gelap baru-baru ini.

Pada 8 Feb lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh mendedahkan seorang “Datuk Seri” dan 5 “Datuk” antara 114 anggota beberapa kumpulan kongsi gelap yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dalam Ops Cantas sejak 2015.

Dalam pada itu, Dzulkifli berkata SPRM akan meneruskan program lawatan ke agensi kerajaan di seluruh negara untuk mendekatkan suruhanjaya itu dengan masyarakat.

“Program ini akan berterusan di seluruh negara, pengarah saya diarahkan untuk membuat lawatan di setiap agensi kerajaan dari semasa ke semasa.
“Kita akan memastikan di sana ada akses kepada rakyat untuk membuat aduan, kekuatan daripada SPRM adalah sumber daripada rakyat, jadi kita mohon dan seru orang ramai untuk tampil memberi maklumat kepada SPRM,” katanya.

Menurutnya, kejayaan SPRM mengheret beberapa suspek berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa ke mahkamah adalah susulan kerjasama orang ramai yang tampil memberi maklumat.
FMT


Demikianlah Artikel SPRM sedia tapis bakal penerima darjah kebesaran

Sekianlah artikel SPRM sedia tapis bakal penerima darjah kebesaran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SPRM sedia tapis bakal penerima darjah kebesaran dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/02/sprm-sedia-tapis-bakal-penerima-darjah.html

Subscribe to receive free email updates: