SITI AISHAH DIBAYAR RM400 UNTUK 'PROGRAM REALITI'

SITI AISHAH DIBAYAR RM400 UNTUK 'PROGRAM REALITI' - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SITI AISHAH DIBAYAR RM400 UNTUK 'PROGRAM REALITI', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SITI AISHAH DIBAYAR RM400 UNTUK 'PROGRAM REALITI'
link : SITI AISHAH DIBAYAR RM400 UNTUK 'PROGRAM REALITI'

Baca juga


SITI AISHAH DIBAYAR RM400 UNTUK 'PROGRAM REALITI'




Ibu Siti Aisyah akui tidak boleh tidur


Shah Alam - Warga Indonesia, Siti Aishah yang ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam, iaitu abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un mendakwa menerima bayaran sebanyak RM400 untuk terlibat dalam satu rancangan TV berbentuk realiti.

Timbalan Duta Indonesia ke Malaysia, Andreano Erwin berkata, dia dimaklumkan oleh Siti Aishah bahawa dia menjadi mangsa ‘prank’ oleh individu yang tidak dikenali.

“Bagaimanapun Siti Aishah memaklumkan kepada pihaknya dia tidak menyedari bahawa itu adalah plot pembunuhan terancang.

“Siti Aishah mendakwa akan menerima bayaran sebanyak RM400 untuk kerja itu.

“Tapi, dia (Aishah) tidak menyebutkan secara spesifik. Dia hanya memberitahu telah dikenalkan kepada individu yang wajahnya mirip Jepun, Korea. Tapi dia tidak menyebutkan lebih spesifik dari mana,” katanya.

Dalam pada itu, Siti Aishah mendakwa diberikan cecair seperti minyak untuk melaksanakan tugas itu.

“Siti Aishah juga memberitahu kami dia tidak mengenali seorang lagi suspek warga Vietnam yang turut terlibat kejadian berkenaan,” katanya.

Dalam masa sama, Andreano berkata, ketika pertemuan itu, Siti Aishah meminta supaya keluarganya di Indonesia tidak bimbang mengenai tentang keadaan dan kesihatannya.

Siti Aishah yang ditemui dalam keadaan sihat enggan dikunjungi keluarganya kerana tidak mahu mereka sedih melihat keadaannya.

“Dia (Aishah) hanya berpesan kepada ibu bapanya itu supaya menjaga kesihatan,” katanya.

Wakil Indonesia itu yang diizinkan melawat gadis tersebut selama 30 minit bagaimanapun enggan mengulas berhubung bukti-bukti lengkap terhadap gadis itu.

Tambahnya, itu tidak boleh saya komen di sini kerana ini masih dalam proses siasatan lagi.

Sebelum ini dalam satu kenyataan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata wanita bernama Siti Aishah dan dilahirkan di Serang, Indonesia, pada 11 Februari 1992 ditahan awal pagi 16 Februari lalu memegang pasport Indonesia.

Ia adalah wanita kedua ditangkap bersabit kematian Jong-nam susulan penahanan wanita dikenali sebagai Doan Thi Huong, 29, yang memegang pasport Vietnam di KLIA2.




Demikianlah Artikel SITI AISHAH DIBAYAR RM400 UNTUK 'PROGRAM REALITI'

Sekianlah artikel SITI AISHAH DIBAYAR RM400 UNTUK 'PROGRAM REALITI' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SITI AISHAH DIBAYAR RM400 UNTUK 'PROGRAM REALITI' dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/02/siti-aishah-dibayar-rm400-untuk-program.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :