SEKOLAH PERLU LAHIRKAN PELAJAR MILIKI DAYA JUANG

SEKOLAH PERLU LAHIRKAN PELAJAR MILIKI DAYA JUANG - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SEKOLAH PERLU LAHIRKAN PELAJAR MILIKI DAYA JUANG, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SEKOLAH PERLU LAHIRKAN PELAJAR MILIKI DAYA JUANG
link : SEKOLAH PERLU LAHIRKAN PELAJAR MILIKI DAYA JUANG

Baca juga


SEKOLAH PERLU LAHIRKAN PELAJAR MILIKI DAYA JUANG


Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail


Kangar - Sekolah perlu melengkapi pelajar mereka dengan aspek jati diri yang mampu menjadikan murid memiliki daya juang tinggi di dalam masyarakat.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah pelajar mesti dididik dengan nilai itu agar tidak mudah berputus asa meneruskan segala usaha dalam meningkatkan kualiti dan kecemerlangan untuk masa depan yang cerah.

"Terutamanya dalam bidang pendidikan. Murid-murid perlu bersedia dan mampu mendepani pelbagai cabaran seperti arus teknologi maklumat dan transformasi pendidikan semasa.

"Jika mereka berjaya berjuang ketika zaman persekolahan demi memantapkan lagi peranan dalam memajukan dunia pendidikan hari ini, maka mereka juga mampu berjuang di peringkat seterusnya yang serba mencabar," titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian ketika merasmikan Program Titian Kasih Mega Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ali Ahmad 2017 di sini, semalam.

Turut berangkat, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan baginda berdua ke program anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Perlis itu, disambut pengetua sekolah berkenaan Fauziah Abdul Hamid dan Setiausaha YTSP Perlis Datuk Johari Mohd Darus.

Baginda yang juga Pengerusi YTSP Perlis, mahu pelajar yang dilahirkan harus

mampu menyiapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang relevan serta meluas agar menjadi modal insan yang mempunyai mentaliti kelas pertama.

"Gunakan segala peluang dan ruang di sekolah untuk mengembangkan potensi yang ada pada diri termasuk dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) untuk dimanfaatkan demi kemajuan negeri dan negara," titah baginda.

Bersempena lawatan itu, Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan merasmikan Surau Al-Hidayah sekolah berkenaan yang disumbangkan YTSP Perlis.




Demikianlah Artikel SEKOLAH PERLU LAHIRKAN PELAJAR MILIKI DAYA JUANG

Sekianlah artikel SEKOLAH PERLU LAHIRKAN PELAJAR MILIKI DAYA JUANG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SEKOLAH PERLU LAHIRKAN PELAJAR MILIKI DAYA JUANG dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/02/sekolah-perlu-lahirkan-pelajar-miliki.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :