Judul : RUU 355
link : RUU 355
RUU 355
Perjuangan RUU 355 tarik perhatian rakyat
Idris Ahmad
KUALA TERENGGANU – Perjuangan Pas bagi memastikan pelaksanaan pindaan RUU 355 berjaya menarik perhatian rakyat di negara ini untuk sama-sama memastikan ia dilaksanakan bagi memartabatkan bidang kuasa mahkamah syariah.
Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, sokongan rakyat boleh dilihat melalui komitmen ditunjukkan rakyat menerusi program jelajah, dinamakan RoadShow H355 yang diadakan di semua negeri sebelum kemuncak Himpunan 355 pada 18 Februari ini di Kuala Lumpur.
Menurutnya, sikap sensitif melibatkan agama bukan hanya berlangsung ketika ini, malah mengakui berlaku sejak zaman dahulu dalam usaha penentangan terhadap penjajah di Tanah Melayu.
“Satu momentum dalam kalangan umat Islam membabitkan agama, mereka sensitif. Ini perkara yang kita lihat, sebab itu penjajah dahulu tidak mengganggu bab agama. Dalam Perjanjian Pangkor, jelas kerana mereka hanya mengawal hal berkaitan ekonomi, politik tetapi agama ini sensitif dan dia (bidang kuasa agama) pergi kepada sultan dan berlarutan sampai hari ini," katanya selepas RoadShow Himpunan 355 Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Shahbandar di sini, malam kelmarin.
Sementara itu, ditanya mengenai tanggapan pihak lain yang menganggap Pas ditipu Umno, Idris yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menegaskan, pihak terbabit cuba bangkitkan isu lapuk.
"Dahulu Umno memanipulasi perjuangan Pas dengan menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan bukan Islam.
“Ini isu kitar semula. Dahulu Umno yang uar-uarkan kepada bukan Islam, sekarang mereka lihat isu ini tidak boleh dipakai tetapi dikitar semula oleh DAP, Gerakan dan MIC,” katanya.
Demikianlah Artikel RUU 355
Sekianlah artikel RUU 355 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel RUU 355 dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/02/ruu-355.html