[ROMPIN] ‘TENGOK-TENGOK BUMBUNG DAH TIADA'

[ROMPIN] ‘TENGOK-TENGOK BUMBUNG DAH TIADA' - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [ROMPIN] ‘TENGOK-TENGOK BUMBUNG DAH TIADA', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [ROMPIN] ‘TENGOK-TENGOK BUMBUNG DAH TIADA'
link : [ROMPIN] ‘TENGOK-TENGOK BUMBUNG DAH TIADA'

Baca juga


[ROMPIN] ‘TENGOK-TENGOK BUMBUNG DAH TIADA'


‘Tengok-tengok bumbung dah tiada’


“Masa kejadian saya dalam bilik air, lepas tu saya dengar bunyi kuat, bila saya keluar tengok bumbung ruang tamu dah tiada,” kata seorang penduduk Kampung Sabak Feri, Azhar Ahmad, 45.

Azhar berkata, kejadian ribut kira-kira jam 11.30 pagi 12 Februari lalu itu menyebabkan bumbung rumahnya terjejas.

“Sebelum ni tak pernah jadi macam ni...tiba-tiba saja angin kuat datang sampai tercabut bumbung.

“Saya keluar bilik air, tengok-tengok bumbung dah tiada, saya tak fikir panjang terus suruh anak-anak keluar sebab bimbang kalau ada bumbung lain pula yang jatuh timpa kami.

“Tapi saya bersyukur...tiada benda yang tak elok jadi pada kami,” katanya kepada Sinar Harian, kelmarin.

Menurutnya, akibat kejadian itu, ruang tamu rumahnya akan basah setiap kali hujan.

“Bila air hujan dah masuk, saya risau pula kena wayar elektrik, kan bahaya...jadi buat sementara waktu ni saya balut wayar dengan plastik.

“Saya sedang bincang untuk baiki bumbung rosak ini, insya-ALLAH ia akan dibaiki selepas ambil kira kos dan wang sumbangan yang diperoleh, kalau boleh memang nak baiki cepat-cepat, sebab bimbang kalau perkara yang tak diingini berlaku,” katanya.

Dia ditemui ketika menerima kunjungan dan penyerahan bantuan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) Rompin, Muhammad Nabil Mohamad Fauzi, semalam.

Sementara itu, Muhammad Nabil berkata, pihaknya menerima aduan daripada mangsa dan bantuan telah diluluskan.

“Kita dah pun terima laporan mengenai kejadian ini daripada mangsa sendiri sehari selepas kejadian. Semoga bantuan yang diluluskan ini dapat meringankan beban untuk baiki bumbung rosak itu,” katanya.




Demikianlah Artikel [ROMPIN] ‘TENGOK-TENGOK BUMBUNG DAH TIADA'

Sekianlah artikel [ROMPIN] ‘TENGOK-TENGOK BUMBUNG DAH TIADA' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [ROMPIN] ‘TENGOK-TENGOK BUMBUNG DAH TIADA' dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/02/rompin-tengok-tengok-bumbung-dah-tiada.html

Subscribe to receive free email updates: