Ringgit jatuh: Ramai cari kerja di Singapura

Ringgit jatuh: Ramai cari kerja di Singapura - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ringgit jatuh: Ramai cari kerja di Singapura, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ringgit jatuh: Ramai cari kerja di Singapura
link : Ringgit jatuh: Ramai cari kerja di Singapura

Baca juga


Ringgit jatuh: Ramai cari kerja di Singapura

Sinar Harian
Najib perlu belajar dari China cara banteras rasuah
AKIBAT kejatuhan nilai ringgit, jumlah rakyat tempatan yang merantau mencari kerja di Singapura telah meningkat dalam tempoh setahun.
Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF). Datuk Shamsuddin Bardan berkata, dianggarkan, sebanyak 24 peratus pekerja tempatan sanggup berhenti kerja tahun lalu untuk mencari pendapatan yang lebih di negara jiran itu.

"Sejak nilai ringgit mulai menyusut awal tahun lalu, sekurang-kurangnya dua peratus pekerja di negara kita telah letak jawatan dan berhijrah menjadi pekerja asing di Singapura setiap bulan ataupun 24 peratus sejak Januari tahun lalu hingga hari ini," kata Shamsuddin kepada China Press.

Menurutnya, sekiranya bekerja di Singapura, pendapatan yang diperoleh lebih tinggi antara 2 hingga 2.5 kali ganda berbanding gaji yang diperoleh di Malaysia.
"Dolar Singapura lebih tinggi daripada ringgit Malaysia. Maka tidak hairanlah kenapa ramai rakyat kita, terutama sekali golongan muda dan yang bujang sanggup pergi mencari kerja di Singapura," kata Shamsuddin.

Shamsuddin turut mengesahkan buat masa ini, kebanyakan kedai kopi dan restoran di Johor Bahru menghadapi kekurangan pekerja setelah ramai pekerja tempatan pergi mencari rezeki di Singapura.

"Ramai pengusaha kedai dan restoran di Johor Bahru memang menghadapi masalah besar  mendapatkan pekerja. Perkembangan ini dipercayai akan terus berlaku untuk jangka masa  yang agak panjang dan ia cukup membimbangkan kepada negara kita," kata beliau.

Beliau menasihatkan rakyat tempatan yang berhasrat bekerja di Singapura perlu memikirkan dengan sedalam-dalamnya, lebih-lebih lagi bagi warga Johor Bahru yang ingin berulang alik setiap hari.


Demikianlah Artikel Ringgit jatuh: Ramai cari kerja di Singapura

Sekianlah artikel Ringgit jatuh: Ramai cari kerja di Singapura kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ringgit jatuh: Ramai cari kerja di Singapura dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/02/ringgit-jatuh-ramai-cari-kerja-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :