Polis: Pendaftaran 2 syarikat dikaitkan pengintip Korea Utara akan dibatalkan

Polis: Pendaftaran 2 syarikat dikaitkan pengintip Korea Utara akan dibatalkan - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis: Pendaftaran 2 syarikat dikaitkan pengintip Korea Utara akan dibatalkan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis: Pendaftaran 2 syarikat dikaitkan pengintip Korea Utara akan dibatalkan
link : Polis: Pendaftaran 2 syarikat dikaitkan pengintip Korea Utara akan dibatalkan

Baca juga


Polis: Pendaftaran 2 syarikat dikaitkan pengintip Korea Utara akan dibatalkan

 | February 28, 2017
Dua syarikat itu adalah International Global System Sdn Bhd dan International Golden Services Sdn Bhd
khalid-abu-bakar_korea_600
PETALING JAYA: Pihak berkuasa dalam proses membatalkan pendaftaran 2 syarikat Malaysia yang didakwa mempunyai kaitan dengan agensi risikan Korea Utara, kata ketua polis negara.

Tan Sri Khalid Abu bakar berkata, 2 syarikat itu adalah International Global System Sdn Bhd dan International Golden Services Sdn Bhd yang dilaporkan mempunyai kaitan dengan Glocom.

Glocom ialah singkatan untuk Global Communications Co yang dikawal Biro Umum Peninjauan – agensi perisikan Korea Utara ditugaskan untuk operasi luar negara dan perolehan senjata yang dikenakan sekatan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Semalam, Reuters melaporkan Glocom yang menjual peralatan perang beroperasi dari pejabatnya di Brickfields, dikatakan menutup kegiatan intipan bagi pihak Korea Utara.

Menurut laporan PBB kepada Majlis Keselamatan PBB yang dilihat oleh Reuters, pejabat Glocom terletak di tingkat 2 sebuah bangunan usang di Brickfields.
Reuters turut mendapati Glocom mengiklankan lebih 30 sistem radio untuk organisasi “tentera dan separa tentera” menerusi laman webnya di Malaysia, glocom.com.my, yang kini tidak boleh dicapai.

Menurut laporan Reuters, International Global System Sdn Bhd dan International Golden Services Sdn Bhd dikuasai pemegang saham dan pengarah Korea Utara.
Khalid berkata, sumber yang dipetik laporan agensi berita asing itu mengukuhkan hakikat tiada syarikat bernama Glocam yang wujud di Malaysia.

Sebaliknya, beliau berkata, laporan itu menyebut laman web Glocom.com.my didaftarkan pada 2009 oleh entiti dikenali sebagai International Global System.
“Sebuah syarikat dengan nama hampir sama – International Golden Services disenaraikan sebagai kenalan di laman web itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khalid berkata, polis sentiasa memantau dan mengambil langkah pencegahan bagi memastikan Malaysia tidak dipergunakan pihak lain bagi menjalankan sebarang aktiviti yang akan memudaratkan keselamatan negara.

“Kami turut mengambil semua langkah perlu untuk mematuhi peraturan antarabangsa berkaitan sekatan,” katanya.
Glocom pernah menyertai pameran senjata 2 tahun sekali di Malaysia, Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) sekurang-kurangnya 3 kali sejak 2006, menurut laman web Glocom.

Malaysia adalah antara beberapa negara di dunia yang mempunyai hubungan baik dengan Pyongyang.
Bagaimanapun, hubungan itu menjadi tegang selepas Kim Jong Nam – abang sebapa kepada diktator Korea Utara, Kim Jong Un, dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), pada 13 Februari lalu


Demikianlah Artikel Polis: Pendaftaran 2 syarikat dikaitkan pengintip Korea Utara akan dibatalkan

Sekianlah artikel Polis: Pendaftaran 2 syarikat dikaitkan pengintip Korea Utara akan dibatalkan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis: Pendaftaran 2 syarikat dikaitkan pengintip Korea Utara akan dibatalkan dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/02/polis-pendaftaran-2-syarikat-dikaitkan.html

Subscribe to receive free email updates: