Judul : Pendidikan percuma untuk 483,000 kanak-kanak Syria
link : Pendidikan percuma untuk 483,000 kanak-kanak Syria
Pendidikan percuma untuk 483,000 kanak-kanak Syria
Sinar Harian
Sekumpulan kanak-kanak Syria. - Foto EPA
ANKARA - Turki setakat ini telah menawarkan pendidikan percuma kepada 483,000 kanak-kanak Syria, kata menteri pendidikan pada Isnin menurut laporan agensi berita Turki (AA).
Ismet Yilmaz dalam satu temu bual khas dengan AA berkata, separuh daripada keseluruhan 850,000 murid pelarian Syria yang berada di negara itu menerima pendidikan bersama dengan murid tempatan lain di sekolah awam.
"Kami mahu menyediakan pendidikan bukan sahaja untuk anak-anak rakyat negara ini tetapi juga kepada pelarian yang berlindung di Turki dan kepada anak-anak yang tidak dapat meneruskan kehidupan di negara sendiri. Jika seseorang itu tidak berpelajaran memudahkan mereka terdedah kepada risiko di mana sahaja mereka berada," kata Yilmaz.
Beliau berkata, pihak berkuasa menjalankan kajian intensif bagi menyediakan pendidikan kepada pelarian Syria susulan arahan Perdana Menteri Turki Binali Yildirim pada Jun lepas yang mahu segera disediakan pendidikan percuma kepada pelarian.
Kesatuan Eropah turut menyumbang kepada Turki untuk tujuan pendidikan dan berikrar untuk memberi sumbangan bernilai AS$319 juta.
"Pada fasa pertama mereka telah menghantar €90 juta," kata Yilmaz sambil menambah pihak kementerian pula mengedarkan buku dan membiayai tenaga pengajar.
Turki telah menjadi tuan rumah untuk tiga juta pelarian Syria melebihi negara lain di dunia. Negara itu juga telah memperuntukkan kira-kira $25 bilion bagi memberi perlindungan kepada pelarian sejak perang Syria meletus pada 2011. - Bernama
Demikianlah Artikel Pendidikan percuma untuk 483,000 kanak-kanak Syria
Sekianlah artikel Pendidikan percuma untuk 483,000 kanak-kanak Syria kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pendidikan percuma untuk 483,000 kanak-kanak Syria dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/02/pendidikan-percuma-untuk-483000-kanak.html