Pemohon kerja sambilan meningkat

Pemohon kerja sambilan meningkat - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemohon kerja sambilan meningkat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemohon kerja sambilan meningkat
link : Pemohon kerja sambilan meningkat

Baca juga


Pemohon kerja sambilan meningkat


AKIBAT kesempitan wang, jumlah pemohon kerja sambilan di laman sosial di Malaysia, kini didapati telah meningkat 58 peratus pada tahun lalu berbanding 2015.
Selain itu, punca pertambahan pemohon kerja sambilan ini turut dikaitkan dengan segelintir pekerja yang memilih karier mengikut minat mereka walaupun bukan sebagai pekerja tetap.
Menurut satu kajian yang dibuat dalam sebuah portal, PartTimePost.com, berbanding tahun 2014, bayaran gaji kepada pekerja sambilan ini turut meningkat pada tahun lalu terutama dalam bidang juru jual di pusat beli-belah dan kedai.  
Pengasas bersama PartiTimePost.com, Chai Wen Leong memberitahu, buat masa ini, bagi bidang jualan runcit, gaji untuk pekerja sambilan adalah antara RM8 hingga RM12 sejam, berbanding RM5.50 sejam kira-kira tiga tahun lalu.
"Apa yang kami dapati, ramai orang terpaksa mencari kerja sambilan kerana merungut tidak diberikan kenaikan gaji tahunan oleh majikan. Terdapat juga sesetengah orang, terutama pesara gemar melakukan kerja sambilan semata-mata untuk menghabiskan masa lapang mereka.
"Bagi golongan pesara yang berusia dalam lingkungan 55 hingga 60 tahun, mereka kini didapati gemar memilih bidang teknologi bermaklumat sebagai kerja sambilan dan jumlah ini telah meningkat 18 peratus berbanding dua tahun lalu," kata Wen Leong kepada Sin Chew Jit Poh.
Golongan pesara ini, jelas Wen Leong, diterima oleh kebanyakan majikan kerana dikatakan bertanggungjawab dalam tugas yang diamanahkan mereka, ditambah lagi memiliki pengalaman bekerja.
Menurut beliau, antara jenis kerja sambilan yang kerap dipilih pemohon termasuklah juru jual di pusat beli-belah, pelayan restoran, mengajar di pusat tuisyen, juru kamera, ejen insurans dan hartanah. - Sinar Harian


Demikianlah Artikel Pemohon kerja sambilan meningkat

Sekianlah artikel Pemohon kerja sambilan meningkat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemohon kerja sambilan meningkat dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/02/pemohon-kerja-sambilan-meningkat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :