Pelihara keharmonian negara, JANGAN iktiraf UEC, kata Perkasa

Pelihara keharmonian negara, JANGAN iktiraf UEC, kata Perkasa - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pelihara keharmonian negara, JANGAN iktiraf UEC, kata Perkasa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pelihara keharmonian negara, JANGAN iktiraf UEC, kata Perkasa
link : Pelihara keharmonian negara, JANGAN iktiraf UEC, kata Perkasa

Baca juga


Pelihara keharmonian negara, JANGAN iktiraf UEC, kata Perkasa

Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) mendesak kerajaan memberikan jawapan muktamad dan tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaaan Bersepadu (UEC) selama-lamanya.
Ketua Penyelidik Biro Pendidikan Perkasa, Datuk Abdul Rauf Husein berkata tindakan mengiktiraf UEC akan menjejaskan perpaduan nasional selain bertentangan dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Perkasa menyenaraikan beberapa sebab UEC tidak seharusnya diperkenalkan, antaranya bahasa Melayu tidak digunakan sebagai bahasa pengantar sebaliknya bahasa Mandarin digunakan di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC).
“Kewujudan SMPC dan UEC bertentangan serta bercanggah dengan Dasar Pendidikan Negara, iaitu Penyata Razak 1956, Akta Pendidikan 1961 dan 1996,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
UEC adalah peperiksaan untuk pelajar di 60 sekolah menengah persendirian Cina di seluruh negara.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata akan meminta menteri pendidikan menjalankan kajian mendalam berhubung pengiktirafan Sijil Peperiksaaan Bersepadu (UEC).
Zahid berkata, hasil kajian itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Rauf yang juga bekas timbalan ketua pengarah pendidikan berkata, SMPC juga tidak menggunakan buku teks subjek Sejarah yang digunakan sekolah kerajaan dan hanya menyentuh sedikit mengenai Sabah dan Sarawak.
“Buku teks SMPC menengah atas, hanya menyentuh topik yang sedikit tentang pembelajaran Sejarah Malaysia. Tajuk Sejarah Malaysia dirangkumkan dalam tajuk Malaysia dan negara jiran (Asia Tenggara).
Manakala untuk sejarah China, terdapat buku khusus yang menerangkan secara terperinci berkaitan sejarah negara itu. Peratus pengisian Sejarah Malaysia amat sedikit,” katanya.
Bukan itu sahaja, Rauf turut menyatakan terdapat kandungan atau fakta yang salah, tidak tepat dan menghina orang Islam.
Contohnya, dalam buku teks Sejarah Junior 1 halaman 76. Solat dikatakan sebagai 6 waktu dengan mengambil kira solat Jumaat. Solat Jumaat dilaksanakan selepas tengah hari,” katanya.
Beliau turut mendedahkan terdapat isu sensitif dan konflik yang menjelaskan secara mendalam peristiwa 13 Mei dan memberikan data kematian orang Cina seramai 163 orang, Melayu (25) dan India (13). Dikatakan kematian mungkin lebih ramai lagi (Rujuk Sejarah Jilid 3 muka surat 122 dalam Bab 3,Volum 1).
Sejak kebelakangan ini, UEC menjadi isu kontroversi terutamanya ketika pilihan raya di mana parti politik menggunakannya sebagai alat untuk kepentingan politik sendiri.
Penyokong UEC berkata, Malaysia rugi kerana tidak mengiktiraf sijil itu, manakala pengkritik pula berhujah ia tidak sejajar Dasar Pendidikan Kebangsaan.


Demikianlah Artikel Pelihara keharmonian negara, JANGAN iktiraf UEC, kata Perkasa

Sekianlah artikel Pelihara keharmonian negara, JANGAN iktiraf UEC, kata Perkasa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pelihara keharmonian negara, JANGAN iktiraf UEC, kata Perkasa dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/02/pelihara-keharmonian-negara-jangan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :