PAS SOKONG CARA MALAYSIA TANGANI KE JONG-NAM

PAS SOKONG CARA MALAYSIA TANGANI KE JONG-NAM - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS SOKONG CARA MALAYSIA TANGANI KE JONG-NAM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS SOKONG CARA MALAYSIA TANGANI KE JONG-NAM
link : PAS SOKONG CARA MALAYSIA TANGANI KE JONG-NAM

Baca juga


PAS SOKONG CARA MALAYSIA TANGANI KE JONG-NAM


Abdul Hadi Awang


Shah Alam - Pas menyatakan sokongan terhadap ketegasan pihak berkuasa dan kerajaan dalam menangani isu pembunuhan individu daripada Korea Utara, Kim Jong-nam.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tindakan pihak berkuasa tempatan melaksanakan siasatan dengan merujuk pada undang-undang dan tatacara yang ada dalam negara di mana kes pembunuhan itu berlaku adalah sesuatu tindakan yang perlu disokong.

"Kami ingin menyatakan sokongan di atas ketegasan pihak berkuasa negara kita terutamanya pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Luar Negeri Malaysia dalam menangani isu pembunuhan individu dari Korea Utara pada 13 Februari 2017 lalu.

"Pas melihat isu ini mempunyai sudutnya yang tersendiri apabila wujudnya cubaan campur tangan dari pihak Korea Utara menerusi perwakilan mereka di negara yang boleh memburukkan lagi suasana hubungan diplomatik yang ada pada waktu ini, sebagaimana yang dilaporkan oleh media massa dalam dan luar negara. Pas secara konsisten memperjuangan kedaulatan Malaysia dari sebarang pencerobohan dan gangguan dari mana–mana pihak," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jong-nam berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dekat sini pada 13 Februari sementara menunggu penerbangannya ke Macau apabila diserang dua wanita dengan mukanya dilap dengan kain mengandungi cecair beracun.

Lelaki itu dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Sehubungan itu, polis menahan dua wanita secara berperingkat bersama-sama seorang lelaki Korea Utara yang dikenali Ri Jong Chol, 47, bagi membantu siasatan.

Jong-nam ke Malaysia pada 6 Februari menggunakan pasport dengan nama Kim Chol.

Siasatan polis masih berjalan merangkumi pelbagai sudut dan tidak menolak kemungkinan siasatan akan mengambil masa.

"Isu geopolitik dan percaturan dalaman negara yang dikatakan terlibat adalah tidak wajar menjadi alasan mana-mana pihak dari Korea Utara untuk mengganggu siasatan yang sedang dijalankan secara bebas dan professional oleh pihak polis," kata Abdul Hadi lagi.




Demikianlah Artikel PAS SOKONG CARA MALAYSIA TANGANI KE JONG-NAM

Sekianlah artikel PAS SOKONG CARA MALAYSIA TANGANI KE JONG-NAM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS SOKONG CARA MALAYSIA TANGANI KE JONG-NAM dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/02/pas-sokong-cara-malaysia-tangani-ke.html

Subscribe to receive free email updates: