Judul : PAS JANGAN BUAT SILAP
link : PAS JANGAN BUAT SILAP
PAS JANGAN BUAT SILAP
DALAM KEADAAN YANG ADA SEKARANG
PAS JANGAN SESEKALI MENGUNDANG
PARA PENGKHIANAT KE MAJLIS PAS.
MEREKA SEKARANG SEDANG BERDENDAM
DAN MENCARI HELAH SIMPATI YANG
BERMUSLIHAT.
PAS JUGA KENA FAHAM, SESUNGGUHNYA
ADA SUARA-SUARA YANG SUMBANG
DARI MEREKA YANG PRO PENGKHIANAT
MENGATAKAN PAS SEDANG
BERDENDAM !
YANG TERBAIK BUAT KERJA MASING-MASING
Hadir ceramah: Husam cari publisiti
Mohd Amar.
KOTA BHARU - Tindakan Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa yang hadir secara tiba-tiba pada ceramah Pas dua hari lalu disifatkan sengaja mahu mencari publisiti.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, perkara tersebut sepatutnya tidak berlaku memandangkan sebelum ini Husam telah diberikan tempoh bagi menjelaskan isu yang dibangkitkan.
“Bagi saya (datang majlis orang) dengan begitu tidak sesuai, dia hadir untuk tujuan apa pun kita tidak tahu. Bagi saya apa yang dilakukan Husam itu adalah bukan cara yang betul.
“Kalau kita tafsir dalam sudut yang negatif dia (Husam) mahu cari publisiti,” katanya kepada media di pejabatnya hari ini.
Mohd Amar yang menyelar tindakan Adun Salor itu juga menjelaskan sepatutnya Husam menggunakan peluang diberikan sebelum ini untuk membahaskan segala pandangan beliau tentang isu tersebut dan bukannya ‘menerjah’ ceramah pada malam itu.
“Diibaratkan macam orang jemput untuk hadiri kenduri lah, kita kena pergi pada hari kenduri. Kalau kita pergi hari lain ia akan menimbulkan masalah,” katanya.
Dalam ceramah Husam Lari Debat Baiah yang diadakan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV pada Isnin lalu, suasana kecoh apabila bekas Naib Presiden Pas itu tiba-tiba muncul di majlis anjuran Pemuda Pas Kelantan itu.
Husam yang tiba jam 11 malam itu berada sepentas dengan pimpinan Pas setelah dipelawa Yang Dipertua Pas Ketereh, Wan Ismail Wan Jusoh.
Keadaan kecoh seketika apabila ada antara hadirin dalam ceramah itu mencabar Husam untuk berdebat dan penyokong kedua-dua parti saling mengeluarkan kata-kata cemuhan.
Demikianlah Artikel PAS JANGAN BUAT SILAP
Sekianlah artikel PAS JANGAN BUAT SILAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PAS JANGAN BUAT SILAP dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/02/pas-jangan-buat-silap.html