[PAS CAKAP BELIT2] Maksud kami tidak boleh bersama DAP serang PAS, kata Tuan Ibrahim

[PAS CAKAP BELIT2] Maksud kami tidak boleh bersama DAP serang PAS, kata Tuan Ibrahim - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [PAS CAKAP BELIT2] Maksud kami tidak boleh bersama DAP serang PAS, kata Tuan Ibrahim, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [PAS CAKAP BELIT2] Maksud kami tidak boleh bersama DAP serang PAS, kata Tuan Ibrahim
link : [PAS CAKAP BELIT2] Maksud kami tidak boleh bersama DAP serang PAS, kata Tuan Ibrahim

Baca juga


[PAS CAKAP BELIT2] Maksud kami tidak boleh bersama DAP serang PAS, kata Tuan Ibrahim

Menjelaskan pendirian PAS tentang kerjasama Parti Pribumi Bersatu Malaysia dengan DAP dan Amanah, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata rundingan dengan parti pecahan Umno itu masih diteruskan.
Timbalan presiden itu berkata peluang kerjasama masih terbuka selagi PPBM tidak menyertai DAP dan Amanah menyerang PAS.
Pendekatan itu juga diguna pakai dalam hubungan dengan PKR, tambahnya.
“Kerjasama ini mesti kerjasama tidak menyerang PAS dan parti yang ingin bekerjasama tidak boleh bersama DAP dan Amanah menyerang PAS,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat bulanan PAS di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad di sini hari ini.
Tengah hari tadi, Hadi mengulangi pendirian tidak akan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) jika parti itu menjalin hubungan dengan DAP dan Amanah, lapor Bernama.
“Terpulang kepada dia (PPBM) untuk bekerjasama dengan DAP atau Amanah tetapi PAS ada garis panduan iaitu kita tidak bekerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan kedua-dua parti tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah di Masjid Rusila, Marang, Terengganu.
Hadi membuat kenyataan itu selepas Dr Mahathir berkata PPBM memberi tempoh sebulan untuk PAS membuat keputusan berhubung kerjasama kedua parti.
PPBM dan PAS sebelum ini bertemu untuk memperhalusi suatu draf rangka kerja persefahaman menghadapi pilihan raya umum akan datang. PPBM berharap PAS menyertai usaha pakatan pembangkang untuk 1 lawan 1 melawan BN pada PRU nanti.
Tuan Ibrahim berkata PAS tidak meletakkan tarikh akhir untuk rundingan ini.
“Selepas kita perolehi keputusan dari jawatankuasa perundingan, ia akan dibawa kepada jawatankuasa PAS pusat sebelum ia diputuskan secara muktamad majlis syura,” katanya.
Ditanya mengenai kenyataan Hadi, yang didakwa bercanggah dengan penerangannya, Tuan Ibrahim berkata pihaknya akan menyemak semula kenyataan presiden berdasarkan laporan media rasmi mereka, Harakah. - FMT


Demikianlah Artikel [PAS CAKAP BELIT2] Maksud kami tidak boleh bersama DAP serang PAS, kata Tuan Ibrahim

Sekianlah artikel [PAS CAKAP BELIT2] Maksud kami tidak boleh bersama DAP serang PAS, kata Tuan Ibrahim kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [PAS CAKAP BELIT2] Maksud kami tidak boleh bersama DAP serang PAS, kata Tuan Ibrahim dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/02/pas-cakap-belit2-maksud-kami-tidak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :