Judul : OOOOOOO, PAS BUKAN KUKU BESI KE ?
link : OOOOOOO, PAS BUKAN KUKU BESI KE ?
OOOOOOO, PAS BUKAN KUKU BESI KE ?
PKR teruskan kerjasama dengan Pas, Bersatu
Mohamed Azmin Ali
SHAH ALAM - PKR menyambut baik hubungan kerjasama yang diputuskan Pas bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), semalam.
Memuji sikap matang kedua parti, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut mengesahkan pihaknya akan meneruskan kerjasama dengan Pas dan Bersatu.
Jelasnya, keputusan itu dibuat bagi memperkukuh dan memperkasakan gabungan parti progresif bagi mendepani PRU akan datang.
"Adalah menjadi tuntutan untuk kita dipimpin dengan kebijaksanaan dan pendekatan inklusif.
"Kita juga dituntut mengetepikan perbezaan ideologi supaya dapat membentuk gabungan pembangkang yang utuh," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pertemuan Pas dan Bersatu semalam mencapai kata sepakat untuk menubuhkan satu jawatankuasa teknikal bersama bagi memperhalusi draf rangka kerjasama persefahaman politik kedua-dua parti.
Pertemuan itu juga boleh dianggap sebagai 'penutup' kepada segala kontroversi sebelum ini yang mengaitkan kedua-dua parti ini sudah tidak boleh bekerjasama.
Menerusi kenyataan bersama Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, kata sepakat itu adalah sebagai persediaan menghadapi PRU14.
Beliau dalam masa sama turut memuji keputusan Pas yang setuju menubuhkan jawatankuasa teknikal bersama Bersatu.
"Perkembangan terbaru ini mempamerkan kematangan untuk mencari persamaan demi kemaslahatan penduduk negara ini.
"Ia merupakan usaha berterusan yang positif untuk memperkukuhkan sistem dua parti dan menyediakan alternatif yang dinamik dan kuat untuk rakyat," katanya lagi.
Demikianlah Artikel OOOOOOO, PAS BUKAN KUKU BESI KE ?
Sekianlah artikel OOOOOOO, PAS BUKAN KUKU BESI KE ? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel OOOOOOO, PAS BUKAN KUKU BESI KE ? dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/02/ooooooo-pas-bukan-kuku-besi-ke.html