Judul : OOOOO BELUM LAGI ADA KEPUTUSAN, MASIH CAKAP-CAKAP, MINUM-MINUM
link : OOOOO BELUM LAGI ADA KEPUTUSAN, MASIH CAKAP-CAKAP, MINUM-MINUM
OOOOO BELUM LAGI ADA KEPUTUSAN, MASIH CAKAP-CAKAP, MINUM-MINUM
Hasil pertemuan Pas, Bersatu belum diputuskan
Nasrudin Hassan
KUALA LUMPUR - Pertemuan yang berlaku antara Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) baru-baru ini masih diperingkat perbincangan dan penelitian, kata Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan.
Katanya, mengikut polisi Pas, hasil perbincangan oleh wakil parti akan dibawa balik ke Mesyuarat Pas Pusat untuk dibincang dan diputuskan semula.
"Keputusan belum diambil. Bukan disitu tempat membuat keputusan. kedudukan dari aspek politiknya sebelum ia dimuktamadkan oleh Majlis Syura Ulamak (MSU) dalam perkara yang melibatkan hubungan dengan parti lain sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Parti dibawah bidang tugas MSU.
"Insya-ALLAH, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagaimana dalam kenyataan beliau bersama Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan membawa maklumat perbincangan ke peringkat kepimpinan tertinggi parti masing-masing," katanya dalam kenyataan.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pas-Bersatu putus tubuh jawatankuasa teknikal]
Tambahnya lagi, kedudukan dan status hubungan kerjasama Pas-Bersatu juga akan diperhalusi dan diputuskan dalam mesyuarat selepas ini.
"Ertinya sehingga kini tiada apa apa keputusan muktamad yang diputuskan mengenai hubungan Pas dan Bersatu. Ia masih diperingkat perbincangan dan penilaian.
"Sementara itu, keputusan sikap semasa Pas terhadap DAP dan Amanah adalah suatu yang telah dimuktamadkan bahawa Pas tiada apa apa hubungan dengan DAP dan juga Amanah, justeru itu Pas tidak menyertai Pakatan Harapan," katanya lagi.
Demikianlah Artikel OOOOO BELUM LAGI ADA KEPUTUSAN, MASIH CAKAP-CAKAP, MINUM-MINUM
Sekianlah artikel OOOOO BELUM LAGI ADA KEPUTUSAN, MASIH CAKAP-CAKAP, MINUM-MINUM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel OOOOO BELUM LAGI ADA KEPUTUSAN, MASIH CAKAP-CAKAP, MINUM-MINUM dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/02/ooooo-belum-lagi-ada-keputusan-masih.html