OKU ANTARA DICEKUP BELI NOMBOR EKOR

OKU ANTARA DICEKUP BELI NOMBOR EKOR - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul OKU ANTARA DICEKUP BELI NOMBOR EKOR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : OKU ANTARA DICEKUP BELI NOMBOR EKOR
link : OKU ANTARA DICEKUP BELI NOMBOR EKOR

Baca juga


OKU ANTARA DICEKUP BELI NOMBOR EKOR


oku dicekup


Kuala Terengganu - Empat kaki nombor ekor termasuk seorang orang kurang upaya (OKU) dicekup anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) ketika sedang leka membeli nombor ekor, dalam dua serbuan berasingan di bandar raya di sini, Sabtu lalu.

Serbuan pertama berjaya menahan seorang lelaki berusia 45 tahun di sebuah premis yang menjual kad tambah nilai prabayar telefon, fotostat dan studio foto di Jalan Banggol, di sini, kira-kira jam 6 petang.

Manakala serbuan kedua pula menahan tiga lelaki berusia 26 hingga 58 tahun di sebuah restoran di Jalan Kampung Tiong, di sini, kira-kira jam 6.15 petang.

Serbuan di dua premis itu dijalankan hasil maklumat dan intipan pihak penguat kuasa JHEAT selepas menerima maklumat kedua-dua premis itu menjadi tumpuan kaki judi dalam kalangan orang Islam.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, serbuan pertama mendapati premis yang menjual kad tambah nilai prabayar telefon, fotostat dan studio foto itu cuba mengaburi mata pihak berkuasa apabila hanya menjalankan aktiviti jual beli nombor ramalan di bahagian lorong belakang kedai.

“Ketika serbuan dilakukan, kita berjaya menahan seorang lelaki bekerja sebagai buruh binaan yang mendakwa membeli nombor ramalan dikirim rakannya.

“Lelaki terbabit mendakwa dia hanya mengambil satu nombor sahaja manakala yang selebihnya adalah milik rakannya selain memaklumkan sudah tiga kali membeli nombor di premis tersebut.

“Kita turut rampas wang RM84 dipercayai hasil perjudian dan menyita pelbagai peralatan menjual nombor termasuk telefon bimbit dan kalkulator,” katanya.

Wan Mohd berkata, serbuan kedua di sebuah restoran turut membongkar taktik pemilik premis yang cuba berselindung di sebalik perniagaan makanannya.

Katanya, pemilik terbabit dikatakan aktif menjual nombor ramalan kepada pelanggan beragama Islam yang berada di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu dengan menjadikan sebuah bilik kecil di bahagian lorong belakang sebagai port jual beli.

“Dalam serbuan itu, tiga lelaki termasuk seorang OKU ditahan ketika membeli nombor ekor selain menyita wang tunai RM2,870 dipercayai hasil perjudian dan pelbagai peralatan yang digunakan untuk aktiviti perjudian,” katanya.




Demikianlah Artikel OKU ANTARA DICEKUP BELI NOMBOR EKOR

Sekianlah artikel OKU ANTARA DICEKUP BELI NOMBOR EKOR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel OKU ANTARA DICEKUP BELI NOMBOR EKOR dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/02/oku-antara-dicekup-beli-nombor-ekor.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :