Judul : NI ! PAN AJAR UMNO
link : NI ! PAN AJAR UMNO
NI ! PAN AJAR UMNO
Pemuda Umno jangan gadai masa depan rakyat
Mohd Ammar (dua dari kiri) ketika ditemui pada sidang media, hari ini.
GOMBAK - Kenyataan Pemuda Umno terhadap Skim Pembiayaan Fleksibel (SPEF) Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) ternyata dangkal dan tidak mempunyai asas terhadap realiti rakyat.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Parti Amanah Negara (Amanah), Mohammad Ammar Atan berkata, kenyataan itu jelas tidak sensitif terhadap kesan jangka panjang yang akhirnya akan meletakkan rakyat di hujung tanduk.
"Skim yang diperkenalkan oleh PR1MA dan diperakui oleh kerajaan tidak menyelesaikan isu asas yang sedang menimpa rakyat.
"Tindakan ini hanya ibarat ubat yang tidak memberikan penyelesaian asas dalam isu perumahan rakyat," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.
Sebelum ini, Pemuda Umno didakwa menempelak Amanah yang mendakwa SPEF PR1MA akan membebankan pembeli rumah serta mewujudkan 'masyarakat penghutang'.
Pengerusi Biro Hal Ehwal Bandar dan Perumahan Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin pada Jumaat lepas berkata, dakwaan Exco Pemuda parti serpihan Pas, Mohd Ammar Atan itu secara halus cuba memberi tanggapan tidak baik kepada pembeli yang membeli rumah menerusi skim berkenaan.
Mohd Ammar ketika membidas kembali kenyataan Nazir berkata, Pemuda Umno sepatutnya sedar yang PR1MA bukan lagi hanya untuk rakyat berpendapatan pertengahan dan bawah.
"Pemuda Umno perlu sedar yang PR1MA (saban tahun) telah melebarkan kadar pendapatan pemohon rumah PR1MA sejak 2012.
"Malah PR1MA juga bukan lagi untuk mereka yang berpendapatan tinggi atau T20 sedangkan masih ramai yang tidak memiliki rumah," katanya lagi.
Demikianlah Artikel NI ! PAN AJAR UMNO
Sekianlah artikel NI ! PAN AJAR UMNO kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel NI ! PAN AJAR UMNO dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/02/ni-pan-ajar-umno.html