NAFI 'STRAWBERRY QUICK' MASUK KE NEGARA INI

NAFI 'STRAWBERRY QUICK' MASUK KE NEGARA INI - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul NAFI 'STRAWBERRY QUICK' MASUK KE NEGARA INI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : NAFI 'STRAWBERRY QUICK' MASUK KE NEGARA INI
link : NAFI 'STRAWBERRY QUICK' MASUK KE NEGARA INI

Baca juga


NAFI 'STRAWBERRY QUICK' MASUK KE NEGARA INI


AADK


Melaka - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menafikan kemasukan dadah baharu yang dikenali sebagai 'Strawberry Methamphetamine' atau 'Strawberry Quick' di negara ini seperti yang kini tular di media sosial.

Timbalan Ketua Pengarah AADK Datuk Izhar Abu Talib berkata dadah berkenaan mula diedar dan digunakan di Amerika Syarikat dan negara Arab diikuti benua India dan Asia Tenggara namun ia masih tidak memasuki negara ini.

"Ianya (dadah itu) hanya diedar dan digunakan pelajar sekolah di New Delhi, India sebelum digunakan lebih meluas pada 2010...asalnya diguna dan diedarkan di Amerika Syarikat pada 2007," katanya kepada pemberita selepas perasmian Program

Harm Reduction: Melaka Menuju Bebas HIV 3.0 bersempena Melaka Car Free Zone di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Izhar berkata walaupun dadah berkenaan belum dikesan di pasaran negara ini, masyarakat khususnya ibu bapa disaran tidak memandang ringan atau bertindak lepas tangan terhadap isu dadah baharu yang diperkatakan itu.

Beliau berkata ini kerana dadah berkenaan tidak mustahil akan memasuki negara ini dan ibu bapa perlu peka terhadap pergerakan, pergaulan serta tingkah laku anak mereka serta anggota keluarga.

"Kemunculan dadah baharu berkenaan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk dan pembungkusan yang mana dadah ini menyasarkan golongan pelajar sekolah," katanya.

Sementara itu, beliau berkata tiga peratus daripada jumlah 44,800 murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah di negara ini didapati positif dadah berdasarkan hasil ujian air kencing yang dijalankan terhadap mereka sepanjang tahun lepas.

"Kedah merekodkan angka pelajar positif dadah paling tinggi diikuti Kelantan, Perak dan Pulau Pinang dalam kalangan murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah," katanya.

Katanya 2.5 peratus daripada 3,500 pelajar di institut pengajian tinggi (IPT) pula dikesan positif dadah pelbagai jenis sepanjang tahun lepas.




Demikianlah Artikel NAFI 'STRAWBERRY QUICK' MASUK KE NEGARA INI

Sekianlah artikel NAFI 'STRAWBERRY QUICK' MASUK KE NEGARA INI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel NAFI 'STRAWBERRY QUICK' MASUK KE NEGARA INI dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/02/nafi-strawberry-quick-masuk-ke-negara.html

Subscribe to receive free email updates: