Judul : [MOHON MB JUMPA PENDUDUK] Surat YB Dato' Husam kepada MB Kelantan isu Banjir Lumpur
link : [MOHON MB JUMPA PENDUDUK] Surat YB Dato' Husam kepada MB Kelantan isu Banjir Lumpur
[MOHON MB JUMPA PENDUDUK] Surat YB Dato' Husam kepada MB Kelantan isu Banjir Lumpur
Salinan Media :
10 Jamadil Awal 1538H/ 7 Februari 2017
Kepada
YAB. Dato' Menteri Besar
Pejabat Menteri Besar Kelantan
Tingkat 1, Blok 1,
Kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu,
Kelantan.
YAB. Dato' Menteri Besar
Pejabat Menteri Besar Kelantan
Tingkat 1, Blok 1,
Kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu,
Kelantan.
Assalamualaikum wr wth
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihani
YAB. Dato'
POHON MENGADAKAN PERJUMPAAN BERSAMA WAKIL PENDUDUK KG BUKIT BESI TEMANGAN BERKAITAN BANJIR LUMPUR
Dengan iringan doa semoga Allah memberikan kekuatan kepada YAB. Dato' untuk membela rakyat yang ditimpa musibah berasaskan prinsip-prinsip Islam demi kesejahteraan Negeri Kelantan tercinta.
Sehubungan dengan isu banjir lumpur yang dialami oleh penduduk Kg Bukit Besi Temangan, Machang, saya mengesan pelbagai kesan penderitaan yang dialami oleh penduduk yang memerlukan tindakan segera oleh Kerajaan Negeri Kelantan.
a) Sebanyak 24 buah rumah telah terkesan teruk akibat banjir lumpur. Daripada jumlah tersebut 7 buah rumah hampir tenggelam dengan lumpur/tanah.
b) Saya dimaklumkan, sebahagian daripada mangsa terpaksa menumpang dengan keluarga dalam rumah transit banjir yang sempit dan tidak selamat untuk didiami.
c) Manakala sebahagian lagi terpaksa berpindah ke rumah sewa dan ini menambahkan lagi beban kos hidup mereka.
d) Penduduk juga menghadapi masalah bekalan air bersih dan terpaksa bergantung kepada lopak takungan air di atas bukit.
e) Saya dimaklumkan bahawa setiap kali hujan turun, air hujan yang membawa bersama pasir/selut dan sisa buangan akan mengalir melalui rumah penduduk dengan aliran arus yang deras kerana jalan di hadapan rumah mereka telah bertukar menjadi laluan air akibat sungai tertimbus.
f) Selain itu, saya juga difahamkan kebun getah dan dusun buah-buahan penduduk kampung berhampiran dengan lombong juga telah musnah.
Penduduk kampung masih tertanya-tanya bila masalah ini akan diselesaikan oleh kerajaan kerana mereka telah menderita sejak tahun 2014 lagi.
Saya berharap YAB. Dato' dapat memberikan satu tarikh kepada saya bersama wakil penduduk Kg Bukit Besi Temangan mengadakan perjumpaan dengan YAB. Dato'.
Sekian, terima kasih.
DATO' HUSAM MUSA
Adun Salor
Kota Bharu
Adun Salor
Kota Bharu
10 Jamadil Awal 1438H / 7 Februari 2017
- Dato Haji Husam Musa
Demikianlah Artikel [MOHON MB JUMPA PENDUDUK] Surat YB Dato' Husam kepada MB Kelantan isu Banjir Lumpur
Sekianlah artikel [MOHON MB JUMPA PENDUDUK] Surat YB Dato' Husam kepada MB Kelantan isu Banjir Lumpur kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [MOHON MB JUMPA PENDUDUK] Surat YB Dato' Husam kepada MB Kelantan isu Banjir Lumpur dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/02/mohon-mb-jumpa-penduduk-surat-yb-dato.html