'MAT TERE SIHAT, DIA KATA NAK BALIK KL'

'MAT TERE SIHAT, DIA KATA NAK BALIK KL' - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'MAT TERE SIHAT, DIA KATA NAK BALIK KL', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'MAT TERE SIHAT, DIA KATA NAK BALIK KL'
link : 'MAT TERE SIHAT, DIA KATA NAK BALIK KL'

Baca juga


'MAT TERE SIHAT, DIA KATA NAK BALIK KL'


Mohd Azam Ismail


Kota Bharu - “Mat Tere kata dia sihat, baru lepas makan sarapan roti canai dan maklum kepada saya dia nak balik KL (Kuala Lumpur),” demikian kata Ketua Pemuda Umno Kelantan, Mohd Azam Ismail.

Azam berkata, biarpun dia dapat bercakap seketika dengan Mat Tere atau nama sebenarnya, Muhammad Zul Apis Baharum, 29, yang ditangkap polis berikutan dikatakan menjadi ‘mangsa keadaan’ video tular menghina Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Setelah tiga hari melepasi isu Mat Tere ditangkap, saya melahirkan rasa terima kasih kepada kawan-kawan yang simpati terhadapnya, apa-apun kita menghormati undang-undang dan yakin pihak berkuasa melakukan yang terbaik dalam melaksanakan tanggung jawab mereka.

“Sebentar tadi, saya dihubungi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan dapat bercakap dengan Mat Tere menerusi telefon, katanya dia sihat, dia baru lepas sarapan roti canai dan dia nak balik KL sebab 'nak hadir mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)',” katanya menerusi Facebooknya, hari ini.

Mohd Azam berkata, perbualan Mat Tere begitu bersahaja seolah-olah menggambarkan dia orang penting dalam parti Umno, sedangkan pemuda itu sebenarnya lurus bendul dan dari golongan istimewa.

Tambah Mohd Azam, dalam isu berkenaan, Mat Tere dipercayai dipergunakan dan video tersebut bukanlah yang pertama dibuat dan ditularkan.

“Adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang Ketua Pemuda Umno Bahagian Ketereh untuk terus membantu Mat Tere kerana dia adalah rakyat Parlimen Ketereh.

“Sejak awal penangkapan sehinggalah ke hari ini, saya dan rakan-rakan lain tidak putus berurusan dalam hal berkaitan,” katanya.

Katanya, hari ini, beliau akan bersama rakan serta ahli keluarga Mat Tere ke Johor Bahru untuk berurusan dengan pihak berkuasa untuk membawa balik pemuda itu ke Kelantan.

“Saya mohon rakan-rakan mendoakan agar dipermudahkan segala urusan di sana nanti dan kami menyeru supaya pihak polis menyegerakan tangkapan terhadap dalang di sebalik rakaman dan voral tersebut,” katanya.




Demikianlah Artikel 'MAT TERE SIHAT, DIA KATA NAK BALIK KL'

Sekianlah artikel 'MAT TERE SIHAT, DIA KATA NAK BALIK KL' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'MAT TERE SIHAT, DIA KATA NAK BALIK KL' dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/02/mat-tere-sihat-dia-kata-nak-balik-kl.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :