Madinah dilantik Ketua Audit Negara yang baharu

Madinah dilantik Ketua Audit Negara yang baharu - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Madinah dilantik Ketua Audit Negara yang baharu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Madinah dilantik Ketua Audit Negara yang baharu
link : Madinah dilantik Ketua Audit Negara yang baharu

Baca juga


Madinah dilantik Ketua Audit Negara yang baharu


PUTRAJAYA - Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad dilantik sebagai Ketua Audit Negara yang baharu selama dua tahun berkuatkuasa mulai 23 Februari 2017 hingga 22 Februari 2019.
Pelantikan tersebut dibuat bagi menggantikan Tan Sri Ambrin Buang yang akan tamat tempoh perkhidmatannya pada 22 Februari ini.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, berdasarkan Fasal (1) Perkara 105 Perlembagaan Persekutuan, Yang Dipertuan Agong Sultan Muhammad V atas nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja telah memperkenankan pelantikan Madinah.
"Madinah merupakan Bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan juga bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan sebelum bersara wajib pada 3 September lalu,” katanya melalui satu kenyataan di sini hari ini.
Madinah, 60, mempunyai kelulusan Sarjana Muda (Kepujian) Sains Politik dari Universiti Sains Malaysia dan Sarjana Sains dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia serta Ijazah Kedoktoran dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia masing-masing dari Universiti Putra Malaysia.
Dalam pada itu, Ali berkata, kerajaan merakamkan penghargaan kepada Ambrin di atas khidmat bakti beliau sepanjang menjawat jawatan tersebut sejak 23 Februari 2006.
"Beliau telah melakukan usaha-usaha mentransformasikan dan menstrukturkan semula sistem-sistem pengauditan kerajaan serta mengukuhkan sistem-sistem pengurusan kewangan kerajaan,” katanya. - K! ONLINE


Demikianlah Artikel Madinah dilantik Ketua Audit Negara yang baharu

Sekianlah artikel Madinah dilantik Ketua Audit Negara yang baharu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Madinah dilantik Ketua Audit Negara yang baharu dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/02/madinah-dilantik-ketua-audit-negara.html

Subscribe to receive free email updates: