Lupakan usul Hadi, selesaikan ekonomi, pesan bekas ketua pengarah EPU

Lupakan usul Hadi, selesaikan ekonomi, pesan bekas ketua pengarah EPU - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lupakan usul Hadi, selesaikan ekonomi, pesan bekas ketua pengarah EPU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lupakan usul Hadi, selesaikan ekonomi, pesan bekas ketua pengarah EPU
link : Lupakan usul Hadi, selesaikan ekonomi, pesan bekas ketua pengarah EPU

Baca juga


Lupakan usul Hadi, selesaikan ekonomi, pesan bekas ketua pengarah EPU

 | February 15, 2017
Merayu kepada sentimen Melayu dalam Umno, Sheriff memberi amaran kesan negatif daripada RUU 355 akan paling memberi kesan kepada kaum majoriti.
Mohd-Sheriff-Mohd-Kassim-3
PETALING JAYA: Bekas ketua pengarah Unit Perancang Ekonomi menasihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya melupakan usul presiden PAS dan permainan politik agama mereka kerana ia akan menjejaskan kekuatan ekonomi negara.

Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim berkata pelabur akan mentafsir sokongan kepada usul Hadi sebagai mengelak tanggungjawab memulihkan ekonomi, sementara bagi rakyat pula kepimpinan nampaknya lebih suka mempolitikkan agama.

“Jika Yang Amat Berhormat (Najib) menyokong RUU 355, para pelabur dalam dan luar negara akan mentafsir bahawa ianya permainan politik untuk lari dari tanggungjawab yang amat mendesak iaitu memulihkan ekonomi.
“RUU 355 akan memecah-belahkan rakyat dan menyebabkan mereka bimbang akan masa depan negara. Bila rakyat tidak yakin, ekonomi akan hilang kekuatan dan rakyat menjadi mangsa semata-mata kerana kepimpinan yang suka bermain politik dengan agama.”

Sheriff berkata demikian dalam kenyataan yang diterima FMT hari ini.
Selain Sheriff, yang juga bekas ketua setiausaha Perbendaharaan, komponen Barisan Nasional dan pakatan pembangkang membantah atau sangsi dengan rang undang-undang (RUU) meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355 atas alasan ia bercanggah dengan perlembagaan atau dikhuatiri membuka ruang kepada pelaksanaan hudud.
RUU persendirian itu dijangka dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat bulan depan.

Merayu kepada sentimen Melayu dalam Umno, Sheriff memberi amaran kesan negatif daripada RUU 355 akan paling memberi kesan kepada kaum majoriti.
“Saya merayu YAB tidak menyokong RUU 355 kerana ia akan menyulitkan lagi kelemahan ekonomi dan seterusnya merosotkan sentimen terhadap nilai matawang ringgit.

“Akibatnya inflasi meningkat dan kehidupan rakyat akan merosot dan yang akan menanggung bencara ini kebanyakkan orang Melayu kita juga,” kata Sheriff.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang melalui RUU yang dicadangkan tahun lepas mendepani usaha meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).

Usul Hadi antara lain mahu meningkatkan kadar hukuman maksimum bagi kesalahan syariah kepada 30 tahun penjara, denda RM100,000 dan 100 rotan.
Najib sebelum ini dilaporkan mempertahankan usul itu, mengatakan orang bukan Islam tidak perlu risau kerana undang-undang itu untuk orang Islam sahaja.
Sheriff mengirim surat terbuka hari ini ketika PAS bersiap sedia mengembleng sokongan untuk tunjuk perasaan menyokong usul Hadi di ibu negara pada Sabtu


Demikianlah Artikel Lupakan usul Hadi, selesaikan ekonomi, pesan bekas ketua pengarah EPU

Sekianlah artikel Lupakan usul Hadi, selesaikan ekonomi, pesan bekas ketua pengarah EPU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lupakan usul Hadi, selesaikan ekonomi, pesan bekas ketua pengarah EPU dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/02/lupakan-usul-hadi-selesaikan-ekonomi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :