[KUANTAN] AFFANDI BUKTIKAN MELAYU MAMPU BUKA KEDAI TAYAR

[KUANTAN] AFFANDI BUKTIKAN MELAYU MAMPU BUKA KEDAI TAYAR - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] AFFANDI BUKTIKAN MELAYU MAMPU BUKA KEDAI TAYAR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] AFFANDI BUKTIKAN MELAYU MAMPU BUKA KEDAI TAYAR
link : [KUANTAN] AFFANDI BUKTIKAN MELAYU MAMPU BUKA KEDAI TAYAR

Baca juga


[KUANTAN] AFFANDI BUKTIKAN MELAYU MAMPU BUKA KEDAI TAYAR


Affandi buktikan Melayu mampu buka kedai tayar


Sebut sahaja perniagaan tayar kenderaan, pasti tidak ramai usahawan Bumiputera berkecimpung dalam bidang itu kerana ia dikuasai bangsa lain.

Namun begitu, Mohamad Affandi Majid, 29, antara usahawan muda yang terlibat dalam perniagaan ini dan berjaya menubuhkan sebuah bengkel Second Tyre Kuantan di persimpangan Permatang Badak, kira-kira empat tahun lalu.

Menurutnya, perniagaan yang diusahakan itu mendapat sokongan daripada keluarga, malah mereka juga sebahagian daripada rakan kongsi dalam perusahaan tersebut.

Sebelum bermula menceburi bidang perniagaan itu, Mohamad Affandi memberitahu, dia pernah bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel di daerah ini dengan kadar upah yang tidak seberapa.

Jelasnya, sepanjang bekerja di bengkel baiki kereta, dia menyedari beberapa kekangan dihadapi oleh pengusaha bengkel kereta iaitu kesukaran untuk membuat pusingan modal.

“Bila saya nampak ada masalah tu, saya pilih perusahaan tayar sebab pusingan modal tak macam 'mati. Setiap kali orang beli tayar mereka akan terus bayar tanpa berhutang.

“Ini juga satu perniagaan jangka masa panjang dan sebab itu saya sepakat untuk mengusahakan perniagaan ini secara serius,” katanya.

Jelasnya, berbeza dengan perniagaan membaiki kenderaan yang ada kalanya mempunyai risiko yang untuk bankrap kerana pelanggan ada pelbagai kerenah.

Katanya, sepanjang enam tahun bergelumang dalam dunia pembaikan kenderaan, ragam pelanggan dapat dilihat dan memberi kesan kepada pengusahaan bengkel.

“Terus terang saya cakap jadi mekanik buat saya pening dan masalah duit antaranya faktor. Ini kerana bukan semua pelanggan terus bayar bila kenderaannya siap dibaiki. Ada yang minta simpan dulu kereta, ada juga hanya bayar separuh dulu dan sebagainya. Ini yang susah nak pusing modal,” katanya.

Ditanya mengenai modal yang digunakan untuk mengusahakan perniagaan ini, Mohamad Affandi memberitahu, dia telah mengeluarkan RM50,000 sebagai permulaan untuk berniaga tayar di daerah ini.

Menurutnya, wang tersebut digunakan untuk membeli sebuah mesin dan kelengkapan servis tayar dalam usaha memenuhi tuntutan pelanggan.




Demikianlah Artikel [KUANTAN] AFFANDI BUKTIKAN MELAYU MAMPU BUKA KEDAI TAYAR

Sekianlah artikel [KUANTAN] AFFANDI BUKTIKAN MELAYU MAMPU BUKA KEDAI TAYAR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] AFFANDI BUKTIKAN MELAYU MAMPU BUKA KEDAI TAYAR dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/02/kuantan-affandi-buktikan-melayu-mampu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :