[KUANTAN] 'ADIK SAYA TAK HILANG'

[KUANTAN] 'ADIK SAYA TAK HILANG' - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] 'ADIK SAYA TAK HILANG', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] 'ADIK SAYA TAK HILANG'
link : [KUANTAN] 'ADIK SAYA TAK HILANG'

Baca juga


[KUANTAN] 'ADIK SAYA TAK HILANG'


'Adik saya tak hilang'


Kakak kepada mangsa kemalangan menafikan dakwaan adiknya hilang selepas terbabit kemalangan di Jalan Tanjung Lumpur di sini, petang kelmarin.

Fatihah Baniyamin, 29, berkata, adiknya, Fatimah Baniyamin, 20, sebenarnya pulang ke asrama Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) di sini kerana ketakutan dan trauma selepas terbabit kemalangan kira-kira jam 5.30 petang itu.

Menurutnya, dia mengetahui mengenai kemalangan itu melalui orang awam selepas melihat gambar yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp dan bergegas ke tempat kejadian untuk melihat keadaan adiknya.

“Tengok pada gambar yang tersebar memang teruk, tapi saya bersyukur kerana dia (adik) selamat.

“Saya pergi ambil dia di asrama selepas dapati dia hilang kerana tak ada di Balai Polis Trafik sebelum bawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa berasal dari Kampung Kempadang yang juga penumpang hadapan bersama dua lagi rakan terselamat apabila kereta Perodua Myvi dinaiki hilang kawalan selepas menuruni Jambatan Tanjung Lumpur menghala ke Tanjung Lumpur dari arah bandar ini.

Difahamkan, kejadian itu dipercayai berlaku apabila pemandu hilang kawalan dan berpusing dua kali sebelum bahagian belakang kenderaan itu melanggar tiang elektrik lalu terbalik di tepi jalan.

Menurut Fatihah, mangsa terpaksa mendiamkan diri dan pulang ke asrama kerana takut dimarahi selepas keluar tanpa pengetahuan.

“Tapi saya bersyukur kerana adik disahkan tak cedera kecuali pendarahan di hidung,” katanya.




Demikianlah Artikel [KUANTAN] 'ADIK SAYA TAK HILANG'

Sekianlah artikel [KUANTAN] 'ADIK SAYA TAK HILANG' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] 'ADIK SAYA TAK HILANG' dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/02/kuantan-adik-saya-tak-hilang.html

Subscribe to receive free email updates: