KPN dianugerah Darjah Utama Bakti Cemerlang oleh Presiden Singapura

KPN dianugerah Darjah Utama Bakti Cemerlang oleh Presiden Singapura - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KPN dianugerah Darjah Utama Bakti Cemerlang oleh Presiden Singapura, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KPN dianugerah Darjah Utama Bakti Cemerlang oleh Presiden Singapura
link : KPN dianugerah Darjah Utama Bakti Cemerlang oleh Presiden Singapura

Baca juga


KPN dianugerah Darjah Utama Bakti Cemerlang oleh Presiden Singapura


SINGAPURA - Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar telah dianugerahkan Darjah Utama Bakti Cemerlang oleh Presiden Singapura Tony Tan Keng Yam pada Khamis di Istana di sini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura berkata penganugerahan itu ialah sebagai menghargai sumbangan besar beliau membanteras keganasan dan jenayah rentas sempadan di rantau ini serta mengukuhkan kerjasama dua hala antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Polis Singapura.

Khalid ialah satu-satunya penerima pada istiadat tersebut, kata kenyataan itu.

Sebelum upacara itu, Khalid mengunjungi Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam dan rakan sejawatannya dari Singapura, Pesuruhjaya Polis Hoong Wee Teck.

Suruhanjaya Tinggi berkata di bawah kepimpinan beliau, hubungan antara kedua-dua pasukan polis telah berkembang malahan lebih erat dan ini terbukti melalui kerjasama yang baik dalam usaha memerangi jenayah rentas sempadan, "counter-terrorism" dan pertukaran latihan.

"Kerjasama erat ini mencerminkan komitmen Khalid untuk bekerjasama secara lebih rapat dengan Singapura mengenai isu-isu kepentingan bersama kedua-dua negara.

"Kepimpinan dan usaha Khalid adalah penting kepada usaha bersama kita mengekang keganasan dan jenayah rentas sempadan di rantau ini.

"Hubungan dan kerjasama antara kedua-dua pasukan polis adalah amat penting demi keselamatan kedua-dua negara," kata Suruhanjaya Tinggi sambil menegaskan bahawa Khalid memainkan peranan penting dalam usaha itu.

Khalid, yang dilahirkan pada 5 September 1957, mula berkhidmat dengan PDRM pada  1976.

Beliau kemudian dinaikkan pangkat dan menyandang pelbagai jawatan penting sebelum dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 17 Mei 2013. - Bernama


Demikianlah Artikel KPN dianugerah Darjah Utama Bakti Cemerlang oleh Presiden Singapura

Sekianlah artikel KPN dianugerah Darjah Utama Bakti Cemerlang oleh Presiden Singapura kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KPN dianugerah Darjah Utama Bakti Cemerlang oleh Presiden Singapura dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/02/kpn-dianugerah-darjah-utama-bakti.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :