Judul : Kit Siang mengenang PAS versi Nik Aziz vs Hadi
link : Kit Siang mengenang PAS versi Nik Aziz vs Hadi
Kit Siang mengenang PAS versi Nik Aziz vs Hadi
Veteran DAP itu mempersoalkan perubahan sikap PAS selepas pemergian Nik Aziz.
Lim berkata sekiranya Nik Aziz masih hidup, PAS tidak akan teragak-agak menyertai pergerakan parti politik dan NGO untuk menyelamatkan Malaysia daripada menjadi sebuah kleptokrasi global.
“Saya percaya Nik Aziz tidak akan mempunyai masalah menyokong kenyataan dan aspirasi saya bahawa rakyat Malaysia tidak boleh bersifat anti pada mana-mana bangsa atau agama, lantas mengkhianati aspirasi Malaysia yang menyifatkan setiap warga Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, wilayah, kelas, gender atau usia sebagai sebuah bangsa Malaysia,” katanya.
Nik Aziz, mursyidul am PAS, meninggal dunia pada 15 Feb 2015, selepas 23 tahun mengetuai kerajaan PAS di Kelantan.
PAS dan DAP yang merupakan sebahagian Pakatan Rakyat memutuskan hubungan masing-masing susulan pertikaian mengenai rancangan PAS melaksanakan hudud di Kelantan.
Lim, sebaliknya berkata PAS di bawah presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semakin selesa dengan Umno semata-mata kerana perdana menterinya beragama Islam.
Katanya, ia memperlihatkan perbezaan ketara antara PAS versi Nik Aziz dan PAS versi Hadi.
Lim mempersoalkan tuduhan PAS yang DAP merupakan parti anti Islam.
“Kalau DAP dan pemimpin DAP anti-Melayu dan anti-Islam, mengapa Nik Aziz akan menziarahi mantan Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh semasa perayaan Thaipusam pada Januari 2013 dan hari jadi Nik Aziz yang ke 82 turut disambut dengan kek ‘Pakatan Rakyat’?
“Kenapa begitu sekali perubahan terhadap PAS setelah kematian Nik Aziz pada Februari 2015?” soalnya lagi
Demikianlah Artikel Kit Siang mengenang PAS versi Nik Aziz vs Hadi
Sekianlah artikel Kit Siang mengenang PAS versi Nik Aziz vs Hadi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kit Siang mengenang PAS versi Nik Aziz vs Hadi dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/02/kit-siang-mengenang-pas-versi-nik-aziz.html