KERAJAAN PUSAT TANGGUNG DEFISIT KELANTAN

KERAJAAN PUSAT TANGGUNG DEFISIT KELANTAN - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KERAJAAN PUSAT TANGGUNG DEFISIT KELANTAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KERAJAAN PUSAT TANGGUNG DEFISIT KELANTAN
link : KERAJAAN PUSAT TANGGUNG DEFISIT KELANTAN

Baca juga


KERAJAAN PUSAT TANGGUNG DEFISIT KELANTAN


Mustapa Mohamed


Kota Bharu - Kerajaan Kelantan memang menghadapi kelemahan terutama dari aspek kewangan, namun kerajaan Pusat membantu mengatasinya atas semangat persekutuan.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerajaan Pusat membantu dari segi menampung defisit perbelanjaan mengurus melalui pemberian geran kepada kerajaan negeri itu.

"Kita tahu kerajaan Kelantan menghadapi masalah kewangan tetapi dalam semangat persekutuan, kerajaan Pusat membantu melalui pemberian geran, yang wajib diberikan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

"Kelantan antara negeri yang banyak kerajaan Pusat menghulurkan bantuan," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mendakwa Kelantan adalah sebuah negeri yang gagal dan muflis berikutan ditadbir oleh Pas.

Beliau berkata, apabila wujudnya kelemahan, sama ada kerajaan Pusat atau mana-mana kerajaan negeri termasuk Kelantan dan Pulau Pinang, tindakan yang perlu dilakukan ialah memperbaiki kelemahan tersebut. 

"(Di Pulau Pinang) ramai Bumiputera yang terhimpit, mereka (kerajaan negeri) tidak membina rumah-rumah kos rendah yang mencukupi sehingga ramai rakyat Pulau Pinang berpindah ke tanah besar, ini kegagalan kerajaan Pulau Pinang namun perlu akui kelemahan dan baiki kelemahan itu," katanya.

Terdahulu, Mustapa menghadiri Program Town Hall Isu-Isu Semasa Bersama Ketua Jabatan/Agensi Persekutuan di Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Mengenai program town hall itu, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata program dialog bersemuka itu akan diperluaskan di negeri ini bagi menjelaskan isu-isu semasa kepada masyarakat termasuk penjawat awam agar mereka tidak terpedaya dengan pihak yang cuba menabur fitnah kepada kerajaan.

Sementara itu, Asyraf Wajdi mahu orang ramai lebih berhati-hati dengan maklumat yang mereka terima melalui media sosial khususnya berkaitan status halal.

"Banyak isu yang dikitar semula terutama yang melibatkan status halal dan telah pun dijawab oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kita mesti sahkan berita yang diterima dan jangan sebar tanpa ia disahkan," katanya.




Demikianlah Artikel KERAJAAN PUSAT TANGGUNG DEFISIT KELANTAN

Sekianlah artikel KERAJAAN PUSAT TANGGUNG DEFISIT KELANTAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KERAJAAN PUSAT TANGGUNG DEFISIT KELANTAN dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/02/kerajaan-pusat-tanggung-defisit-kelantan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :