Kelayakan Madinah jadi ketua audit ‘tercalar’, kata PKR

Kelayakan Madinah jadi ketua audit ‘tercalar’, kata PKR - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kelayakan Madinah jadi ketua audit ‘tercalar’, kata PKR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kelayakan Madinah jadi ketua audit ‘tercalar’, kata PKR
link : Kelayakan Madinah jadi ketua audit ‘tercalar’, kata PKR

Baca juga


Kelayakan Madinah jadi ketua audit ‘tercalar’, kata PKR

FMT | February 22, 2017
PKR menggesa individu yang memegang jawatan penting itu mempamerkan keberanian mendepani mana-mana kepimpinan termasuk perdana menteri.
VIDEO INSIDE
izzah-madinaKUALA LUMPUR: PKR menyifatkan kelayakan Tan Sri Dr Madinah Mohamad sebagai ketua audit negara baharu “tercalar” kerana kedudukan suaminya sebagai ahli politik.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah berkata, kenyataan suami Madinah, Datuk Rizuan Abdul Hamid yang juga ketua Umno Bahagian Kepong “sanggup mati untuk (Datuk Seri) Najib (Razak)”, menimbulkan kebimbangan sama ada Madinah mampu menjalankan tugas dengan telus.

Izzah yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, pihaknya tidak mempersoalkan pilihan mana-mana pihak tetapi individu yang memegang jawatan itu perlu mempamerkan keberanian mendepani mana-mana kepimpinan termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Isu kelayakan itu amat tercalar sekali dengan kaitan, keahlian suami beliau termasuk status beliau sendiri sebagai ahli parti politik.

“Tapi tak mengapa, saya tidak mahu bercakap lanjut, tapi saya mohon rakyat agar menyuarakan kebimbangan dengan tegas kerana kita mahu sama taraf, sama layak, sama kredibiliti dan integritinya dengan Tan Sri Ambrin Buang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa mengumumkan perlantikan Madinah sebagai ketua audit negara yang baharu untuk tempoh 2 tahun mulai 23 Feb ini.

Beliau menggantikan Ambrin yang akan tamat tempoh perkhidmatannya hari ini.
“Pada kami PKR, kita nyatakan dengan jelas ada beberapa kes terkini yang amat menjatuhkan maruah dan kredibiliti ketua audit negara…sekiranya mana-mana orang tidak mampu memegang kredibiliti sebagaimana Ambrin suatu ketika dahulu.

“Saya pohon kerajaan sedia ada jagalah maruah negara, pastikan integriti sentiasa dipertahankan.
“Kalaupun kita tidak bersetuju dengan pembangkang ataupun kerajaan, isunya kita mahu badan ini bebas, tidak mudah dibeli kerana audit memastikan semua dana yang dikhususkan dalam perbelanjaan negara digunapakai, diselamatkan untuk kepentingan rakyat. Bukan dibazirkan begitu sahaja,” katanya.


Demikianlah Artikel Kelayakan Madinah jadi ketua audit ‘tercalar’, kata PKR

Sekianlah artikel Kelayakan Madinah jadi ketua audit ‘tercalar’, kata PKR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kelayakan Madinah jadi ketua audit ‘tercalar’, kata PKR dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/02/kelayakan-madinah-jadi-ketua-audit.html

Subscribe to receive free email updates: