JPJ BERKUASA DI SEMUA JALAN YANG DIGAZET JKR

JPJ BERKUASA DI SEMUA JALAN YANG DIGAZET JKR - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul JPJ BERKUASA DI SEMUA JALAN YANG DIGAZET JKR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : JPJ BERKUASA DI SEMUA JALAN YANG DIGAZET JKR
link : JPJ BERKUASA DI SEMUA JALAN YANG DIGAZET JKR

Baca juga


JPJ BERKUASA DI SEMUA JALAN YANG DIGAZET JKR


JPJ berkuasa di semua jalan yang digazet JKR


Pokok Sena - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mempunyai kuasa untuk mengawasi semua jalan raya setelah ia digazet oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPJ, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, secara tidak langsung , JPJ berhak mengambil tindakan kepada pengguna yang melanggar undang-undang termasuk pemandu jentera seperti traktor, mesin padi dan lain-lain.

“Ini merupakan suatu langkah keselamatan agar sekiranya berlaku kemalangan, ia tidak akan merumitkan urusan pemandu di kemudian hari,” katanya, ketika merasmikan Program JOM JPJ Bersamamu di Sekolah kebangsaan Tualang, semalam.

Program turut mendapat kerjasama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Jabatan Pertanian dan Pejabat Kesihatan Alor Setar selain diserikan dengan kehadiran Pengarah JPJ Kedah, Ismasuhaimi Shariff dan Pengurus Wilayah AIM Kedah Utara, Nor Hayati Hussain.

Katanya, JPJ turut menyeru penduduk kampung agar memiliki lesen memandu dan juga memperbaharui cukai jalan masing-masing.

“Walaupun di jalan kampung, lesen memandu masih diperlukan terutamanya apabila berlaku kemalangan dan membuat laporan polis.

“Untuk menarik orang ramai mendekati JPJ, kita merancang pelbagai program antaranya JOM JPJ dan juga Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ),” katanya.

Wan Ahmad Uzir berkata, semalam turut dibuka kaunter pendaftaran kepada pengunjung yang berminat untuk mendaftar program SKSJ.

“SKSJ terbuka kepada pemohon yang berumur 45 tahun ke atas yang belum mempunyai apa-apa lesen memandu dan nama tidak disenaraihitamkan.

“Dalam program semalam kira-kira 200 sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) mendaftar untuk menyertai program SKSJ dan ia merupakan sambutan yang sangat menggalakkan," katanya.

Terdahulu, Wan Ahmad Uzir merasmikan Program JOM JPJ Bersamamu dengan kerjasama beberapa jabatan antaranya, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Jabatan Pertanian dan Pejabat Kesihatan Alor Setar.

Turut hadir, Pengarah JPJ Kedah, Ismasuhaimi Shariff dan Pengurus Wilayah AIM Kedah Utara, Nor Hayati Hussain.




Demikianlah Artikel JPJ BERKUASA DI SEMUA JALAN YANG DIGAZET JKR

Sekianlah artikel JPJ BERKUASA DI SEMUA JALAN YANG DIGAZET JKR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel JPJ BERKUASA DI SEMUA JALAN YANG DIGAZET JKR dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/02/jpj-berkuasa-di-semua-jalan-yang.html

Subscribe to receive free email updates: