Judul : JANGAN TANYA KERUSI PAS,
link : JANGAN TANYA KERUSI PAS,
JANGAN TANYA KERUSI PAS,
Pakatan Harapan masih ada kerusi bertindih
KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan mengakui terdapat pertindihan kerusi di antara ketiga-tiga parti komponen gabungan itu pada PRU14.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, selepas tamat mesyuarat jawatankuasa perundingan kerusi Pakatan Harapan dan Bersatu di ibu pejabat Amanah, di sini, hari ini.
"Namun pertindihan itu adalah minimum dan apa yang penting kita ada formula dan parameter untuk membantu bagi mengatasi masalah pembahagian kerusi ini.
"Parameter ini dianggap berjaya sekiranya kerusi yang bertindih itu di tahap minima," katanya ketika ditemui media, di sini, hari ini.
Mesyuarat itu diwakili Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan beberapa pemimpin lain.
Bagaimanapun, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), tidak menghantar wakil.
Dalam pada itu, Saifuddin yang ditanya adakah perbincangan pembahagian kerusi itu melibatkan kerusi dimiliki Pas, beliau berkata, mereka tidak membincangkan mengenainya.
"Kami tak bincang pasal Pas. Yang penting semua kerusi yang BN bertanding kami akan lawan," katanya.
Demikianlah Artikel JANGAN TANYA KERUSI PAS,
Sekianlah artikel JANGAN TANYA KERUSI PAS, kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel JANGAN TANYA KERUSI PAS, dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/02/jangan-tanya-kerusi-pas.html