Judul : Jamal Dan Pengikut Bawa Keranda Ke SUK Selangor
link : Jamal Dan Pengikut Bawa Keranda Ke SUK Selangor
Jamal Dan Pengikut Bawa Keranda Ke SUK Selangor
SHAH ALAM - Jika sebelum ini bawa katil, kini 15 van jenazah pula diusung Gabungan NGO Melayu Malaysia untuk menggegarkan pintu masuk Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor.
Pengerusinya, Datuk Seri Jamal Yunos dilihat memandu salah satu van jenazah tersebut dengan mengenakan pakaian seperti penggali kubur dan kemudiannya mengusung jenazah pada jam 11 pagi tadi.
Tindakan tersebut bertujuan mempertikaikan dari manakah sumber Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) berjumlah RM200 juta diperolehi, berapa jumlah yang telah disalurkan sejak ia ditubuhkan dan kaedah yang digunakan.
Namun ketika membuat kenyataan media, tindakan Jamal itu dihentikan oleh sekumpulan 50 lelaki yang mendakwa mewakili rakyat, melaungkan "Siapa penyamun? Malaysia dah muak dengan Jamal!" dan mendesak Jamal menghentikan tindakannya serta-merta.
Situasi tersebut menjadi semakin tegang dan kecoh menyebabkan beberapa anggota polis yang berada di lokasi, bertindak menghentikan kekecohan tersebut bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Demikianlah Artikel Jamal Dan Pengikut Bawa Keranda Ke SUK Selangor
Sekianlah artikel Jamal Dan Pengikut Bawa Keranda Ke SUK Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jamal Dan Pengikut Bawa Keranda Ke SUK Selangor dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/02/jamal-dan-pengikut-bawa-keranda-ke-suk.html