Judul : HIMPUNAN 355 LULUS
link : HIMPUNAN 355 LULUS
HIMPUNAN 355 LULUS
Polis lulus himpunan H355 Sabtu ini
KUALA LUMPUR – Polis meluluskan perhimpunan berkaitan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) 355 (H355) yang akan diadakan di Padang Merbok, dekat sini, Sabtu ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, pihaknya telah memberi kelulusan terhadap penganjur himpunan aman ini bermula jam 3 petang hingga 12 tengah malam.
“Polis akan menjaga keselamatan dengan menempatkan penugasan pegawai polis yang secukupnya.
“Kita berharap agar pihak penganjur dan peserta perhimpunan mematuhi peraturan yang tertakluk di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan arahan semasa yang dikeluarkan oleh polis,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, Dataran Merdeka dan sebahagian Jalan Parlimen akan ditutup pada hari tersebut bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah malam.
Himpunan yang dianjurkan Pas itu berkaitan Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) bagi memberikan penjelasan penuh mengenainya.
Demikianlah Artikel HIMPUNAN 355 LULUS
Sekianlah artikel HIMPUNAN 355 LULUS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel HIMPUNAN 355 LULUS dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/02/himpunan-355-lulus.html