Hadi: Yang tak sokong himpunan RUU, bagai kambing terpisah

Hadi: Yang tak sokong himpunan RUU, bagai kambing terpisah - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hadi: Yang tak sokong himpunan RUU, bagai kambing terpisah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hadi: Yang tak sokong himpunan RUU, bagai kambing terpisah
link : Hadi: Yang tak sokong himpunan RUU, bagai kambing terpisah

Baca juga


Hadi: Yang tak sokong himpunan RUU, bagai kambing terpisah

 | February 21, 2017
Presiden PAS itu berkata wajib ke atas setiap umat Islam menyokong usaha menegakkan syariah walaupun tidak mampu melaksanakannya.
hadi-ruu-355
PETALING JAYA: Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menganggap himpunan anjuran partinya Sabtu lalu sebagai berjaya, sambil menyifatkan mereka yang tidak bersama-sama hadir menyokong acara itu sebagai terdedah kepada bahaya dan menjadi mangsa “serigala liar”.

“Peristiwa memperjuangkan RUU 355 menempa sejarah kerana melibatkan semua kalangan umat Islam, semua wajah yang berada di medan para ulama, ahli politik, NGO, para pengamal undang-undang, ilmuan, para mahasisiwa, media, seniman, pasukan keselamatan, jentera kerajaan dan rakyat di semua lapisan.
“Maka yang terpisah daripadanya laksana kambing yang terpisah daripada kawanannya yang mudah menjadi mangsa serigala liar yang berkeliaran,” kata presiden PAS itu dalam kenyataan lebih 40 perenggan hari ini diselangi beberapa petikan ayat Al-Quran.

Sabtu lalu, puluhan ribu penyokong PAS berhimpun di Padang Merbok di Kuala Lumpur, menyatakan sokongan terhadap rang undang-undang (RUU) meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, memberikan kuasa menjatuhkan hukuman lebih berat ke atas pesalah syariah.
Turut hadir ialah beberapa pemimpin Umno.

Hadi berkata berjuang untuk menegakkan undang-undang syariah adalah kewajipan setiap umat Islam walaupun tidak mampu melaksanakannya.
Beliau turut memberikan analogi seseorang yang tidak mampu menunaikan ibadat haji.

Ibadat haji wajib dilakukan sekali seumur hidup oleh umat Islam, tetapi tidak wajib selagi tidak berkemampuan daripada segi wang duit dan kesihatan.
Hadi berkata hanya kerana ibadat haji tidak wajib ke atas diri seseorang, dia masih tidak boleh menganggap ibadat itu tidak wajib pada dasarnya.

“Begitulah juga ketidakmampuan untuk melaksanakan undang-undang jenayah yang dinaskan di dalam Al Quran kerana tiada kuasa politik, tidak menasakhkan hukum wajib beriman kepadanya, bahkan ianya menjadi kewajipan untuk diperjuangkan, menjadi cita-cita dan keazaman yang diberi pahala walaupun tidak melaksanakannya,” kata Hadi.

Hadi berkata kisah khalifah kedua Islam. Umar al-Khattab yang tidak melaksanakan hukum hudud ke atas pencuri adalah kerana ia berlaku di zaman kemelesetan ekonomi.
“Namun suasana ini tidak boleh menjadi nas untuk membatalkan hukuman terhadap orang kaya yang melakukan kesalahan jenayah mencuri.”



Demikianlah Artikel Hadi: Yang tak sokong himpunan RUU, bagai kambing terpisah

Sekianlah artikel Hadi: Yang tak sokong himpunan RUU, bagai kambing terpisah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hadi: Yang tak sokong himpunan RUU, bagai kambing terpisah dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/02/hadi-yang-tak-sokong-himpunan-ruu-bagai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :