BERTUDUNG DAN BERSOLEK KABURI MATA JEMAAH

BERTUDUNG DAN BERSOLEK KABURI MATA JEMAAH - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BERTUDUNG DAN BERSOLEK KABURI MATA JEMAAH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BERTUDUNG DAN BERSOLEK KABURI MATA JEMAAH
link : BERTUDUNG DAN BERSOLEK KABURI MATA JEMAAH

Baca juga


BERTUDUNG DAN BERSOLEK KABURI MATA JEMAAH




Bertudung dan bersolek kaburi mata jemaah


Subang Jaya – Bersolek, bertudung malah mengenakan pakaian seperti seorang wanita, namun siapa sangka seorang ‘jemaah’ yang berkunjung ke surau wanita di sebuah pusat beli-belah Bandar Sunway di sini sebenarnya adalah seorang lelaki dan juga pencuri.

Difahamkan, suspek berusia 21 tahun yang turut memakai rekaan fesyen tudung terkini itu masuk ke surau berkenaan berpura-pura menunaikan solat namun ditangkap mencuri beg tangan jemaah oleh seorang anggota polis yang kebetulan berada di surau tersebut.

Sumber berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.40 malam, suspek dikatakan masuk ke dalam surau dan memerhatikan keadaan sekeliling.

Pada waktu itu, seorang daripada jemaah berusia 19 tahun yang juga penuntut kolej swasta dikatakan mengambil wuduk dan ke ruang solat untuk menunaikan fardu Isyak di sebelah jemaah lain.

“Mangsa meletakkan beg tangan di sebelahnya dan terus menunaikan solat tanpa mengesyaki sesuatu yang buruk bakal berlaku.

“Ketika itu, suspek yang berpakaian wanita terus mengambil beg tangan mangsa sebelum cuba melarikan diri namun berjaya ditahan anggota polis wanita yang sudah memerhatikan gerak-gerinya sebelum itu,” katanya.

Menurutnya, selesai solat, mangsa mendapati beg tangannya hilang dan memaklumkan kepada pegawai keselamatan mengenai kehilangan itu dan dia diberitahu ia sudah dibawa ke balai polis bersama seorang pencuri lelaki.

“Beg yang dilarikan bersama wang tunai berjumlah RM408 bersama telefon bimbit berjaya ditemui semula,” katanya.

Semakan seterusnya mendapati suspek baru dibebaskan dari Penjara Kajang 11 hari yang lalu dan mempunyai lebih 10 rekod jenayah lampau bersabit kes curi dan dadah.

Hasil pemeriksaan mendapati suspek mengenakan mekap dan berpakaian wanita untuk penyamaran dan masuk ke surau berkenaan tanpa dicurigai jemaah lain.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan suspek direman hingga esok,” katanya.

Difahamkan, pihak polis ada menerima beberapa laporan berhubung kes kecurian di surau dan seorang suspek yang pernah menyamar sebagai jemaah wanita dan melakukan jenayah itu pernah ditangkap sebelum ini.

Semalam orang ramai gempar dengan penularan gambar seorang wanita bertudung di laman sosial yang didakwa ditahan anggota polis kerana mencuri.

Apa mengejutkan netizen, wanita yang ditahan itu sebenarnya seorang lelaki dan mempunyai beberapa rekod jenayah sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian itu.




Demikianlah Artikel BERTUDUNG DAN BERSOLEK KABURI MATA JEMAAH

Sekianlah artikel BERTUDUNG DAN BERSOLEK KABURI MATA JEMAAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BERTUDUNG DAN BERSOLEK KABURI MATA JEMAAH dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/02/bertudung-dan-bersolek-kaburi-mata.html

Subscribe to receive free email updates: