BERI SOKONGAN TAK BERBELAH BAHAGI

BERI SOKONGAN TAK BERBELAH BAHAGI - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BERI SOKONGAN TAK BERBELAH BAHAGI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BERI SOKONGAN TAK BERBELAH BAHAGI
link : BERI SOKONGAN TAK BERBELAH BAHAGI

Baca juga


BERI SOKONGAN TAK BERBELAH BAHAGI


Musa Aman


Kota Kinabalu - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menggesa masyarakat Cina di Sabah untuk memberikan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada kerajaan, selain meneruskan peranan dalam membangunkan dan memajukan lagi negeri ini.

Katanya, beliau percaya kestabilan politik, perpaduan, keharmonian dan toleransi di Sabah akan terus menyumbang terhadap kemajuan dan kesejahteraan menyeluruh di negeri ini.

"Kerajaan negeri ikhlas dalam memastikan keperluan semua rakyat Malaysia di Sabah dipenuhi secara adil," katanya pada Festival Ang Pau Tahun Baharu Cina anjuran Persekutuan Persatuan-Persatuan Cina Sabah, di sini, malam tadi.

Musa berkata, kerajaan negeri tidak pernah meminggirkan mana-mana kaum atau kumpulan etnik dalam melaksanakan program-program pembangunan di Sabah.

"Komitmen kami kepada semua sudah terbukti menerusi peruntukan besar setiap tahun untuk sekolah-sekolah dan tempat-tempat ibadat bukan Islam, termasuk mereka daripada masyarakat Cina," katanya.

Pada majlis itu, Musa turut mengumumkan ikrar kerajaan negeri untuk memberikan peruntukan RM50,000 kepada persekutuan itu.

Sementara itu, mengenai tragedi bot pelancong jenis katamaran Sabtu lepas, Musa berkata kerajaan Sabah melakukan yang terbaik dalam membantu operasi mencari mereka yang masih hilang dan mereka yang terjejas dalam insiden itu.

"Bagi pihak kerajaan negeri, saya merakamkan takziah kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian bot karam itu baru-baru ini," katanya.

Sabtu lepas, katamaran yang membawa 31 penumpang, terdiri daripada 28 pelancong warga China dan tiga kru, karam pada kira-kira 10 pagi, kira-kira sejam setelah berlepas dari jeti Tanjung Aru untuk ke Pulau Mengalum, kira-kira 56km dari Kota Kinabalu.

Setakat ini, 25 mangsa telah dijumpai manakala enam lagi masih hilang. Kawasan pencarian bagi enam yang masih hilang telah diperluas kepada 3,900 batu nautika persegi dengan pasukan mencari dan menyelamat hari ini mula memasuki perairan Miri, Sarawak.




Demikianlah Artikel BERI SOKONGAN TAK BERBELAH BAHAGI

Sekianlah artikel BERI SOKONGAN TAK BERBELAH BAHAGI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BERI SOKONGAN TAK BERBELAH BAHAGI dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/02/beri-sokongan-tak-berbelah-bahagi.html

Subscribe to receive free email updates: