Judul : 500 orang ramai la tu
link : 500 orang ramai la tu
500 orang ramai la tu
Muhyiddin akui sukar menang PRU14 jika sendiri
Muhyiddin bersama pemimpin Pakatan Harapan negeri ini pada program anjuran Bersatu yang dihadiri hampir 500 orang termasuk masyarakat Orang Asli.
KUANTAN - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui parti itu sukar memenangi PRU14 sekiranya bertanding sendirian sebaliknya memerlukan campuran parti pembangkang lain untuk pertandingan satu lawan satu.
Beliau optimis campuran Pakatan Harapan akan memperoleh kejayaan pada PRU14 nanti yang dijangka hujung tahun ini atau selewat-lewatnya tahun depan.
Katanya, rakyat perlu memberi sokongan kepada Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan baharu dan menilai keupayaan mereka memerintah dalam tempoh lima tahun pertama.
"Rakyat sekarang ditakut-takutkan.. jika Barisan Nasional (BN) kalah, sistem kerajaan akan jadi macam-macam... jangan percaya. Kita (Pakatan Harapan) mampu dan sudah sampai masa untuk kita talkinkan BN.
"Beri peluang kepada kita memerintah lima tahun dahulu.. tengok apa kita boleh buat.. kalau tak ok, ambil semula Umno.. apa yang penting bagi kita peluang dulu,"katanya ketika berucap pada program Bicara Rakyat di Kampung Bala Sawar, Jalan Sungai Lembing, malam semalam.
Hadir sama, Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Pengerusi Amanah Pahang, Dr Hamzah Jaafar.
Muhyiddin berkata, Pakatan Harapan mempunyai pemimpin berkemahiran dan pakar dalam bidang masing-masing serta berpengalaman luas termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurutnya, pakatan tersebut memberi jaminan akan menguruskan negara dengan amanah dan menentang penyalahgunaan kuasa selain membanteras rasuah tanpa kira sesiapa.
"Ada orang kata kalau Umno tak menang.. Melayu akan daif tapi cuba tengok di Selangor dan Pulau Pinang... tanya sendiri rakyat di sana... teori Melayu daif itu tidak betul,"katanya.
Muhyiddin berkata, Bersatu ditubuhkan dari satu keinsafan dan beliau bersyukur apabila ditakdirkan ALLAH SWT untuk tidak lagi bersama serta bersubahat dengan pemimpin yang melakukan kemungkaran.
Demikianlah Artikel 500 orang ramai la tu
Sekianlah artikel 500 orang ramai la tu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 500 orang ramai la tu dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/02/500-orang-ramai-la-tu.html