Judul : wow angkatan laut BERSATU
link : wow angkatan laut BERSATU
wow angkatan laut BERSATU
Armada antara tunjang penting Bersatu
Ads by Kiosked
Syed Saddiq (duduk, tiga kanan) bercakap dalam sidang media selepas majlis pengumuman exco Armada nasional dan negeri PPBM, hari ini. Foto Sinar Harian HALIM WAHID.
SUBANG JAYA – Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) mengesahkan setakat ini sebanyak 41 peratus pendaftar parti Bersatu adalah terdiri daripada golongan anak muda dalam lingkungan had umur antara 18 hingga 35 tahun.
Ketuanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, dengan catatan tersebut membuktikan Armada adalah merupakan tunjang terpenting dalam parti tersebut dalam mengetengahkan suara anak muda.
“Ini adalah rekod baharu di mana ramai anak muda yang sertai parti ini dan kami percaya lebih ramai yang akan menyusul selepas ini.
“Disebabkan itu, Bersatu adalah parti yang akan sentiasa mengetengahkan suara anak muda dan bukti yang lebih jelas apabila ketua Armada dipersetujui dilantik sebagai salah satu naib presiden dalam parti ini,” katanya pada sidang media pengumuman exco Armada nasional dan negeri Bersatu, hari ini.
Mengulas lanjut mengenai barisan exco, Syed Saddiq berkata, pemilihan yang dilakukan adalah berdasarkan prinsip demokrasi dan inklusif.
“Dalam pemilihan barisan exco di peringkat nasional dan negeri, kami telah menerima sebanyak 1100 maklumat peribadi dan hanya mereka yang di senarai pendek dipanggil untuk sesi temu ramah sebelum pemilihan dilakukan.
“Ini merupakan cara yang paling inklusif untuk memastikan bahawa setiap anak muda yang memiliki iltizam yang tinggi untuk menyumbang kepada negara diberi peluang dalam parti ini,” katanya.
Menurutnya, seramai 21 exco nasional dan 12 ketua penyelaras Armada negeri telah dilantik menerusi Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM) yang berlangsung semalam.
“Pemilihan secara inklusif dapat dibuktikan apabila pemilihan exco juga terdiri daripada orang kurang upaya (OKU), individu bukan Bumiputera dan individu yang tidak memiliki latar belakang politik bagi memastikan setiap golongan diwakili dan tidak disisihkan dalam pembangunan belia di Malaysia.
“Ini bukan satu pertandingan yang kita mahu buktikan siapa lebih hebat, tetapi Armada turut terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan pemuda parti pembangkang lain untuk memperjuangkan pembangunan anak muda,” ujarnya.
Katanya, Armada akan menggunakan pelbagai cara untuk lebih mendekati anak muda bukan sahaja di bandar malah juga di luar bandar.
Demikianlah Artikel wow angkatan laut BERSATU
Sekianlah artikel wow angkatan laut BERSATU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel wow angkatan laut BERSATU dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/01/wow-angkatan-laut-bersatu.html