UniKL juga pernah taja Kejohanan Hoki PIALA SULTAN JOHOR bagi Tahun 2014 & 2015

UniKL juga pernah taja Kejohanan Hoki PIALA SULTAN JOHOR bagi Tahun 2014 & 2015 - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul UniKL juga pernah taja Kejohanan Hoki PIALA SULTAN JOHOR bagi Tahun 2014 & 2015, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : UniKL juga pernah taja Kejohanan Hoki PIALA SULTAN JOHOR bagi Tahun 2014 & 2015
link : UniKL juga pernah taja Kejohanan Hoki PIALA SULTAN JOHOR bagi Tahun 2014 & 2015

Baca juga


UniKL juga pernah taja Kejohanan Hoki PIALA SULTAN JOHOR bagi Tahun 2014 & 2015


UniKL telah dikesan menaja Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor bagi tahun 2014 dan 2015.

Pada tahun 2014, UniKL telah menaja sebanyak RM40,000.00. Manakala pada tahun 2015 pula sebanyak RM50,000.00.

Semasa Majlis Pelancaran Kejohonan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor 2015, Menteri Besar Johor, Khaled Nordin mengucapkan terima kasih kepada penaja-penaja termasuk juga UniKL.

Kata Khaled "maka,kita amat berterima kasih dan menghargai kerjasama dan sumbangan besar para penaja kita. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan diucapkan kepada:
a. Kerajaan Negeri Johor (RM500,000)
b. Radio Televisyen Malaysia (RTM) (RM200,000)
c. Astaka Padu (RM200,000)
d. Kementerian Belia dan Sukan (RM100,000)
e. Tenaga Nasional Berhad (RM100,000)
f. Johor Corporation (RM100,000)
g. UEM Sunrise (RM100,000)
h. Atlan Holding Berhad, menerusi anak syarikatnya, Naluri Properties (RM100,000)
i. UM Land (RM100,000)
j. JBB Builder (RM100,000)
k. Genting Berhad (RM50,000)
l. Iskandar Waterfront (RM50,000)
m. UniKL (RM50,000)
n. SAJ Holdings (RM50,000)
o. BCB Berhad (RM10,000)"

Adakah Menteri Juga Tidak Tahu Penajaan UniKL bagi Kejohanan Hoki Sultan Johor?

Hari ini, ekoran pendedahan TMJ, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) menangguhkan sebarang bentuk penajaan tahun ini.

"Saya akan dapatkan laporan lebih terperinci dari UniKL dan Mara. Seperti saya kata saya tak dimaklumkan mengenai perkara ini.
"Apa-apa pun saya akan dapatkan laporan.

“Cuma untuk sementara waktu ini, sebarang penajaan mesti tunggu dulu. Biar saya tengok,"
 beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
Annuar Musa Jawab TMJ: Mara tak pernah taja TRW satu sen pun!
"LUCU sangat-sangat. Jawab salah tak jawab salah." Demikian respons bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa di laman sosial Facebooknya.

Kenyataan itu disertakan bersama penafian Annuar berkaitan dakwaan yang mengaitkan beliau dengan penyaluran wang Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) kepada pasukan bola sepak Kelantan

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu sebaliknya berkata, Mara tidak pernah menaja The Red Warrior (TRW) tetapi diberikan penghormatan oleh agensi itu.

"Untuk makluman semua Mara tidak pernah menaja TRW walau satu sen, logo Mara 50 tahun dipamer dilengan Jersi TRW 2016 diberi percuma kepada Mara, walaupun ruangan itu bernilai RM250,000 kalau untuk syarikat Sdn Bhd lain, ianya satu penghormatan kepada Mara dan TRW," tulisnya

Mengenai UniKL pula, Annuar berkata, ia merupakan sebuah syarikat swasta yang bermakna universiti swasta itu tidak pernah menaja atau memberi biasiswa kepada pelajarnya.

"Jadi tidak timbul ianya menggunakan dana biasiswa/tajaan, sebagai syarikat swasta ianya mempunyai polisi sendiri terutama dalam soal penjenamaan,promosi,pemasaran dan lain-lain, mereka punya belanjawan khusus untuk itu," katanya lagi.

Ujarnya, UniKL sudah lama terlibat dalam penjenamaan dan pemasaran melalui sukan khususnya hoki dan bolasepak, ini kerana sasarannya adalah untuk menarik perhatian anak muda, begitu juga syarikat Sdn Bhd Mara yang lain.

"Mereka punya bajet, dasar dan presedur tersendiri, semuanya tidak melalui paksaan, titah, sabda dan sebagainya," katanya.

"Jadi sahabat FB ku sekalian, saya berikan fakta ini untuk anda semua termasuk kawan media saya, pemberian fakta ini supaya anda boleh menyemak sumber," katanya.

Katanya lagi, dalam isu ini beliau tidak berminat untuk terjebak dalam polemik dengan mana-mana individu, kerana baginya mereka semua adalah rakan-rakannya.

"Sebagai kawan kita dah kenal sesama kita, kalau kawan silap kita tak usah panjang panjang. Kita maafkan sahajalah," ulasnya lagi.


Demikianlah Artikel UniKL juga pernah taja Kejohanan Hoki PIALA SULTAN JOHOR bagi Tahun 2014 & 2015

Sekianlah artikel UniKL juga pernah taja Kejohanan Hoki PIALA SULTAN JOHOR bagi Tahun 2014 & 2015 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel UniKL juga pernah taja Kejohanan Hoki PIALA SULTAN JOHOR bagi Tahun 2014 & 2015 dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/01/unikl-juga-pernah-taja-kejohanan-hoki.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :