Terkini! Singapura sudah semakin dekat untuk "menjerat" Jho Low atau Eric Tan? PH-Bersatu lancar Jelajah #FeldaTergadai selami masalah peneroka

Terkini! Singapura sudah semakin dekat untuk "menjerat" Jho Low atau Eric Tan? PH-Bersatu lancar Jelajah #FeldaTergadai selami masalah peneroka - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Terkini! Singapura sudah semakin dekat untuk "menjerat" Jho Low atau Eric Tan? PH-Bersatu lancar Jelajah #FeldaTergadai selami masalah peneroka, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Terkini! Singapura sudah semakin dekat untuk "menjerat" Jho Low atau Eric Tan? PH-Bersatu lancar Jelajah #FeldaTergadai selami masalah peneroka
link : Terkini! Singapura sudah semakin dekat untuk "menjerat" Jho Low atau Eric Tan? PH-Bersatu lancar Jelajah #FeldaTergadai selami masalah peneroka

Baca juga


Terkini! Singapura sudah semakin dekat untuk "menjerat" Jho Low atau Eric Tan? PH-Bersatu lancar Jelajah #FeldaTergadai selami masalah peneroka

Sabtu, 14 Januari 2017
Foto Otai BERSIH.
APA MAKNA BILA JHO LOW DAN ERIC TAN KINI DIKENALPASTI ORANG YANG SAMA?
Najib Razak sebelum ini mendakwa wang AS$681 juta atau kira-kira RM2,600 juta yang diterimanya melalui akaun peribadi di Ambank adalah derma daripada kerabat Diraja Arab Saudi.
WSJ dalam pendedahannya, bagaimanapun membuktikan bahawa wang itu disalurkan daripada akaun Tanore Finance, sebuah syarikat yang didaftarkan di British Virgin Island dan dipunyai oleh Eric Tan.
Pemindahan wang tersebut dilakukan melalui Falcon Private Bank di Singapura.
Najib menerima wang itu pada Mac 2013, kira-kira dua bulan sebelum pilihanraya umum 2013 diadakan.
Peguam Negara, Apandi Ali ketika membersihkan Najib daripada sebarang salahlaku berkaitan penerimaan wang yang dikaitkan dengan 1MDB kemudian mengatakan sebahagian besar wang itu iaitu AS$620 juta telah dipulangkan kembali kepada pendermanya kerana ia tidak digunapakai.
Baiknya hati Najib...barangkali hanya beliau seorang di dunia ini yang pernah diberikan wang AS681 juta, tetapi kemudian memulangkannya kembali sebanyak AS$620 juta kerana ia tidak digunakan!!
Pengembalian wang itu berlaku pada 30 Ogos 2013, sama tarikh dengan akaun Najib di Ambank ditutup.
Sarawak Report dalam butirannya mendedahkan, wang itu sebenarnya dikembalikan kepada Tanore Finance iaitu syarikat yang sama yang memasukkan AS$681 juta kepada Najib sebelum itu.
Mudah kata, Najib dapat AS$681 juta daripada Tanore Finance dan AS$620 juta kemudian dikembalikan kepada Tanore Finance juga.
Itu cerita yang mula heboh sejak 2015 dahulu dan masih menjadi bualan hingga sekarang.
Dua hari lalu di mahkamah Singapura iaitu pada 11 Januari 2017, dalam kes perbicaraan bekas Pengurus Cawangan Falcon Private Bank negara itu, Jens Sturzenegger atas kesalahan berkaitan penggubahan wang haram, telah didedahkan bahawa Jho Low dan Eric Tan adalah orang yang sama.
Sturzenegger kini dihukum penjara 28 minggu dan didenda S$128,000 atas kesalahan yang dilakukannya.
Menurut Channel News Asia yang mendedahkan maklumat perbicaraan itu, Jho Low turut memberitahu Sturzenegger bahawa beliau sesekali menggunakan nama Eric Tan untuk tujuan keselamatan.
Sturzenegger juga menyedari nama Eric Tan itu bukan sekadar nama samaran atau nama kedua, tetapi merupakan nama sebenar yang terdapat dalam pasport dengan beliau melihatnya sendiri ketika proses membuka akaun di Falcon Private Bank.
Bermakna, Jho Low paling mungkin mempunyai dua pasport, satu atas nama Jho Low dan satu lagi dengan nama Eric Tan.
Empat akaun dilaporkan telah dibuka di Falcon Private Bank atas pelbagai entiti korporat dengan Eric Tan dikenalpasti sebagai benefisiarinya atau pihak yang berhak terhadapnya.
Dua daripada akaun berkenaan, Tanore Finance dan Granton, telah menerima kemasukan wang sebanyak AS$1.265 juta pada Mac 2012.
Apakah yang paling mudah untuk difahami berkaitan maklumat ini yang kini merupakan dokumen mahkamah di Singapura?
Ia dengan sendirinya membuktikan bahawa AS$681 juta yang diterima Najib itu adalah daripada Jho Low dan pengembalian AS$620 juta kemudiannya adalah juga kepada Jho Low.
Ini kerana Tanore Finance yang benefiasiarinya Eric Tan, sebenarnya adalah Jho Low. Apabila Jho Low yang memberikan wang itu, maka tidaklah sukar memahami daripada mana sumbernya.
Tidak dibuktikan sama sekali wujudnya anak Raja Arab atau kerabat Diraja Arab Saudi, sama ada dalam memberikan wang itu kepada Najib sebagai derma atau menerimanya kembali kerana kononnya ia tidak habis digunakan.
Masalahnya, semua maklumat itu sekarang ada di Singapura dan sudah menjadi dokumen mahkamah negara itu.
Dua kemungkinan boleh terjadi dengannya. Satu, pihak berkuasa Singapura semakin dekat untuk "menjerat" Jho Low atau Eric Tan atas pelbagai kesalahan, daripada berbohong, memberi maklumat palsu, penggubahan wang haram, memiliki dua pasport atau sebagainya dan kedua, ia juga boleh menjadi "senjata" kepada Singapura untuk menekan Malaysia dalam pelbagai rundingan dan urusniaga bagi kepentingan mereka selagi negara ini dipimpin oleh Najib.
Maka, lebih merupakan suatu keajaiban sebenarnya jika pengundi masih lagi mahu mengekalkan dan berasa belum cukup kekuatan untuk menyingkirkan Najib pada PRU14 akan datang.

PH-Bersatu lancar Jelajah #FeldaTergadai selami masalah peneroka

(Oleh Fiza Abd Halim)
KUALA LUMPUR 10 JAN: Pakatan Harapan (PH) bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mengadakan siri jelajah di seluruh Malaysia untuk menyelami masalah peneroka Felda.
Jelajah dengan tema #FeldaTergadai itu akan dilancarkan di Felda Bilut, Bentong pada 25 Januari, jam 8 malam dan dibarisi pimpinan kanan kedua-dua parti itu.
saifuddin-1
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah menjelaskan, jelajah ini merupakan perhatian serius terhadap nasib peneroka dalam mendepani masalah berpanjangan seperti hutang, hak milik tanah, perumahan, pekerjaan untuk penduduk, dan tanah rancangan, selain isu sekitarnya yang akan turut dikaji dengan teliti.
“Mengambil kira pelbagai isu pengurusan dan kewangan Felda serta anak-anak syarikatnya yang kian meruncing, Pakatan Harapan dan Bersatu mengambil tindakan bersama untuk memastikan maklumat sampai kepada peneroka.
“Sehubungan itu, sepanjang siri jelajah ini nanti, kami akan mengedarkan 200,000 risalah menerangkan kedudukan kewangan Felda kepada peneroka di seluruh negara.
“Kita akan turun seberapa banyak tanah rancangan Felda, menyampaikan maklumat melalui ceramah dan dialog,” katanya pada sidang media di pejabat Invoke, Sungai Besi, hari ini.
Saifuddin berkata, jelajah ini juga peluang terbaik tatkala para peneroka memberi perhatian serius terhadap isu tatakelola Felda yang dibawa pihak Pembangkang.
“Kita akan gunakan kesempatan yang ada sekarang untuk mendapatkan maklum balas dari semua pihak berkaitan dengan Felda, iaitu peneroka, kakitangan Felda, generasi kedua dan industri kelapa sawit untuk merangka pelan baru.
“Termasuk menjaga kepentingan strategik Felda di dalam ekonomi negara tanpa mengorbankan kebajikan peneroka.
“Saya dan rakan-rakan yang lain akan membawa perkara ini ke peringkat Majlis Presiden Pakatan Harapan dan Jawatankuasa Penyelenggaraan Pakatan Harapan-Bersatu dalam masa terdekat,” ujarnya.
Short URL: http://ift.tt/2jhMfxX
Posted by 


Demikianlah Artikel Terkini! Singapura sudah semakin dekat untuk "menjerat" Jho Low atau Eric Tan? PH-Bersatu lancar Jelajah #FeldaTergadai selami masalah peneroka

Sekianlah artikel Terkini! Singapura sudah semakin dekat untuk "menjerat" Jho Low atau Eric Tan? PH-Bersatu lancar Jelajah #FeldaTergadai selami masalah peneroka kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Terkini! Singapura sudah semakin dekat untuk "menjerat" Jho Low atau Eric Tan? PH-Bersatu lancar Jelajah #FeldaTergadai selami masalah peneroka dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/01/terkini-singapura-sudah-semakin-dekat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :