Judul : TALIBAN BERI AMARAN
link : TALIBAN BERI AMARAN
TALIBAN BERI AMARAN
Kabul - Kumpulan militan Taliban di Afghanistan menggesa Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, menarik balik tenteranya dari Kabul atau bersedia bagi menghadapi kekalahan memalukan.
Menerusi surat terbuka kepada Trump diterbitkan dalam laman web rasminya, kumpulan terbabit berkata tiada apa yang dicapai selama 15 tahun pendudukan pasukan keselamatan AS selain pertumpahan darah dan kemusnahan.
"Oleh itu, tanggungjawab mengakhiri peperangan ini terletak di bahu Trump. AS hilang kredibiliti selepas membelanjakan trilion dolar pada usaha sia-sia," menurut Taliban.
Seramai 8,400 tentera AS kekal di Afghanistan dan menurut Washington, kesemua mereka adalah untuk melatih dan menyokong anggota keselamatan tempatan serta berjuang bagi memerangi pengganas.
Difahamkan, Trump turut menyelar presiden terdahulu atas kegagalan polisi dan salah urus dalam dunia Islam, termasuk Afghanistan.
Demikianlah Artikel TALIBAN BERI AMARAN
Sekianlah artikel TALIBAN BERI AMARAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel TALIBAN BERI AMARAN dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/01/taliban-beri-amaran.html