Judul : Rupa-rupanya SPRM telah buka kertas siasatan terhadap Annuar Musa
link : Rupa-rupanya SPRM telah buka kertas siasatan terhadap Annuar Musa
Rupa-rupanya SPRM telah buka kertas siasatan terhadap Annuar Musa
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa Tan Sri Annuar Musa yang digantung tugas sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) hari ini.
SPRM menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan bahagian audit dalaman Mara bagi menyiasat beberapa isu melibatkan isu rasuah dan salah guna kuasa oleh Annuar Musa.
“Ingin ditegaskan, siasatan SPRM hanya tertumpu kepada isu rasuah dan salah guna kuasa membabitkan penglibatan beliau dalam penajaan pasukan bola sepak Kelantan,” katanya di sini hari ini.
Sehubungan itu, SPRM meminta semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan kes tersebut dan memberikan ruang kepada SPRM bagi menjalankan siasatan. - K! ONLINE
Demikianlah Artikel Rupa-rupanya SPRM telah buka kertas siasatan terhadap Annuar Musa
Sekianlah artikel Rupa-rupanya SPRM telah buka kertas siasatan terhadap Annuar Musa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rupa-rupanya SPRM telah buka kertas siasatan terhadap Annuar Musa dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/01/rupa-rupanya-sprm-telah-buka-kertas.html