Rundingan berjaya, Kelantan ikat tiga pemain import

Rundingan berjaya, Kelantan ikat tiga pemain import - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rundingan berjaya, Kelantan ikat tiga pemain import, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rundingan berjaya, Kelantan ikat tiga pemain import
link : Rundingan berjaya, Kelantan ikat tiga pemain import

Baca juga


Rundingan berjaya, Kelantan ikat tiga pemain import

Rundingan berjaya, Kelantan ikat tiga pemain import
Djeugoue (kanan) bakal memperkuatkan benteng pertahanan Kelantan pada saingan Liga-M musim ini.⁠⁠⁠⁠
KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengesahkan rundingan membawa masuk tiga pemain import bagi memperkuatkan cabaran The Red Warriors bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2017 berjaya diselesaikan.
Perkara tersebut diumumkan Penaja Utama The Red Warriors, Tan Sri Annuar Musa, menerusi laman sosialnya hari ini, dengan memberitahu rundingan melibatkan terma kontrak tiga pemain itu mencapai persetujuan dengan kelab asal mereka.

Menurutnya, bekas pemain skuad Piala Dunia Cameroon, Cedric Djeugoue, Okikiola Afolabi dari Nigeria selain bekas penyerang import Kelantan musim 2012 dan 2014, Mohammed Ghaddar (Lubnan) akan menyertai skuad pantai timur itu.

“Saya dan redOne Network Sdn Bhd (penaja utama) bersedia membawa mereka dengan tiga syarat, iaitu pertama dipersetujui ketua jurulatih (Zahasmi Ismail) dan wajib lulus ujian kecergasan yang ketat di bawah kelolaan jurulatih kecergasan.
“Selain itu, ketiga-tiga pemain berkenaan juga diwajibkan lulus ujian kesihatan yang ketat (sebelum menyertai Kelantan),” katanya ringkas menerusi entri berkenaan.

Djeugoue, 24, selaku pemain pertahanan beraksi bersama Coton Sport FC dalam Liga Elit Cameroon, Afolabi, kali terakhir menyarung jersi kelab Talleres de Cordoba dalam Liga Primera Argentina, manakala Mohammed Ghaddar pula pernah menyarung jersi Al-Faisaly SC di Liga Jordan, musim lalu.


Demikianlah Artikel Rundingan berjaya, Kelantan ikat tiga pemain import

Sekianlah artikel Rundingan berjaya, Kelantan ikat tiga pemain import kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rundingan berjaya, Kelantan ikat tiga pemain import dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/01/rundingan-berjaya-kelantan-ikat-tiga.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :