RUMAH 300 TAHUN MASIH KUKUH

RUMAH 300 TAHUN MASIH KUKUH - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RUMAH 300 TAHUN MASIH KUKUH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RUMAH 300 TAHUN MASIH KUKUH
link : RUMAH 300 TAHUN MASIH KUKUH

Baca juga


RUMAH 300 TAHUN MASIH KUKUH




Rumah 300 tahun masih kukuh


Kuala Pilah - Menelusuri perkampungan Parit Seberang, di sini, masih terdapat sebuah rumah tradisional yang dipercayai berusia lebih 300 tahun. 

Bagaimanapun, penjaga rumah itu yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Abu Samah mendakwa, pemilik asal rumah berkenaan adalah juruhebah radio terkenal sekitar tahun 80an, Noramin.

Menurutnya, rumah berkenaan sudah dibaik pulih dikatakan pada asalnya dibina Tukang Kahar, seorang tukang kayu yang membina Istana Lama Seri Menanti.

"Rumah ini masih mengekalkan reka bentuk ciri Melayu dan menggunakan daun Rumbia sebagai atap bagi menggambarkan suasana zaman dahulu kala," katanya ketika ditemui pada program kayuhan santai Persatuan Basikal Klasik Negeri Sembilan (PBKN9) di sekitar tempat bersejarah di daerah ini.

Sementara itu, Setiausaha PBKN9, Anuar Abu bersama 15 ahli persatuan mengunjungi perkampungan itu bagi melihat sendiri reka bentuk rumah tradisional dengan menggunakan basikal tua sebagai pengangkutan mereka.

“Program kayuhan santai ini secara tidak langsung dapat mengimbau kembali nostalgia berbasikal tua di mana ia merupakan pengangkutan penting di daerah ini sejak awal tahun 50an lalu.

“Kami berasa bangga kerana daerah ini masih memiliki sebuah rumah tradisional yang masih mengekalkan reka bentuk asli.

“Zaman sekarang sukar untuk melihat rumah tradisonal tersergam indah seperti rumah ini. Di kesempatan inilah, ahli-ahli persatuan mengunjungi ke kampung ini,” katanya.

Sebelum tiba di perkampungan itu, katanya, ahli telah berkumpul di Masjid Kariah Gentam dan acara kayuhan bermula selepas solat Asar.

Destinasi berikutnya adalah Masjid Kariah Kampung Parit yang berusia lebih 100 tahun dan masjid ini lebih dikenali dengan nama Masjid Ranjau Hantu oleh penduduk tempatan.

“Masjid ini dibina pada tahun 1909 dan ketika itu lokasinya adalah di tepi tebing Sungai Muar.

“Berdasarkan sejarah, dahulu di belakang masjid ini terdapat sebuah pelabuhan yang digunakan sebagai nadi perhubungan oleh penduduk kampung," katanya.




Demikianlah Artikel RUMAH 300 TAHUN MASIH KUKUH

Sekianlah artikel RUMAH 300 TAHUN MASIH KUKUH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RUMAH 300 TAHUN MASIH KUKUH dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/01/rumah-300-tahun-masih-kukuh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :