“ROTAN JE KALAU DIA LANGGAR PERATURAN" - BAPA CONTOH

“ROTAN JE KALAU DIA LANGGAR PERATURAN" - BAPA CONTOH - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “ROTAN JE KALAU DIA LANGGAR PERATURAN" - BAPA CONTOH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “ROTAN JE KALAU DIA LANGGAR PERATURAN" - BAPA CONTOH
link : “ROTAN JE KALAU DIA LANGGAR PERATURAN" - BAPA CONTOH

Baca juga


“ROTAN JE KALAU DIA LANGGAR PERATURAN" - BAPA CONTOH


"Rotan Je Kalau Dia Langgar Peraturan" - Bapa Contoh


Melaka – Seorang bapa telah melakukan perkara yang tepat dengan memberikan sebatang rotan kepada pengetua Sekolah Menengah (SM) Teknik Bukit Piatu, di sini, sebagai simbolik memberi amanah kepada pihak sekolah agar mendidik anaknya.

Zulkafly Ahmad, 43, dari Kampung Pasir Puteh, Bachang, berbuat demikian bagi memberi kebebasan kepada pihak sekolah menghukum anaknya jika melanggar peraturan sekolah atau tidak menumpukan perhatian dalam pembelajaran.

“Saya dan isteri sudah amanahkan kepada pengetua supaya merotan anak saya sekiranya dia melanggar peraturan dan tidak menumpukan perhatian dalam kelas.

“Saya rela anak saya dirotan sekiranya dia berbuat salah supaya dia dapat terus kekalkan kecemerlangan,” katanya memetik Sinar Harian.

Menurutnya, pemberian rotan itu juga sebagai tanda peringatan kepada anaknya, Al Khawarizmi Zulkafly Ahmad, 16, untuk teruskan mengekalkan disiplin yang baik dan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun hadapan.

Al Khawarizmi merupakan bekas pelajar Sekolah Tinggi Melaka dan mendapat keputusan cemerlang 8A dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun lalu dan mendaftar masuk tingkatan empat di SM Teknik Bukit Piatu dalam jurusan Kejuruteraan Awam.

Pengetua sekolah, Karim Tumin berkata, beliau begitu terharu dengan amanah diberikan bapa berkenaan di mana beliau menyifatkan Zulkafly jelas memandang tinggi tugas seorang guru meskipun kebelakangan ini ramai ibu bapa bersikap prejudis terhadap tenaga pengajar di sekolah.

“Masih ramai melihat guru sebagai insan dipertanggungjawabkan untuk memastikan kejayaan pelajar menjadi seorang murid cemerlang dan membantu mengurangkan masalah disiplin bagi membentuk sahsiah diri yang baik.

“Bagaimanapun, tidak ada guru dengan sengaja mahu menghukum anak-anak murid tanpa sebab. Semua tindakan pasti ada alasan. Lagipun, murid-murid hari ini tidak sama dengan murid-murid zaman dahulu,” katanya.




Demikianlah Artikel “ROTAN JE KALAU DIA LANGGAR PERATURAN" - BAPA CONTOH

Sekianlah artikel “ROTAN JE KALAU DIA LANGGAR PERATURAN" - BAPA CONTOH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “ROTAN JE KALAU DIA LANGGAR PERATURAN" - BAPA CONTOH dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/01/rotan-je-kalau-dia-langgar-peraturan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :