Judul : [ROMPIN] TIDAK PERLU PANIK GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK
link : [ROMPIN] TIDAK PERLU PANIK GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK
[ROMPIN] TIDAK PERLU PANIK GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK
Penduduk di seluruh kawasan Leban Chondong hingga Pontian dan Felda Selendang diminta supaya tidak panik berkenaan notis pemberhentian atau gangguan sementara bekalan elektrik pada lusa.
Menurut notis yang turut tersebar di media sosial itu, pemberhentian atau gangguan sementara bekalan elektrik itu berlaku bermula jam 10 pagi hingga 6 petang bagi tujuan kerja-kerja selenggaraan alat suis di Pencawang Pembahagian Utama (PPU) Rompin.
Pengurus Cawangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Rompin, Mohd Sauqi Samsudin berkata, notis itu hanya sekadar makluman agar penduduk di kawasan terlibat bersedia untuk sebarang kemungkinan sepanjang tempoh kerja-kerja dilakukan.
“Sepanjang tempoh 10 pagi hingga 6 petang Ahad ini, kerja-kerja yang dinyatakan dalam notis itu akan dilakukan dalam keadaan ada bekalan elektrik.
“Kerja-kerja selenggaraan kali ini tidak sama dengan seperti yang berlaku pada Julai dan November tahun lalu yang memerlukan bekalan elektrik dihentikan, jadi penduduk terlibat tak perlu panik,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Mohd Sauqi berkata, penduduk di kawasan terlibat sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaan boleh berhubung atau terus ke Pejabat TNB berhampiran.
Demikianlah Artikel [ROMPIN] TIDAK PERLU PANIK GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK
Sekianlah artikel [ROMPIN] TIDAK PERLU PANIK GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [ROMPIN] TIDAK PERLU PANIK GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/01/rompin-tidak-perlu-panik-gangguan.html